Tuesday, September 25, 2012

Wanita dan Mahkamah Syariah




Anda sedang membaca kisah benar seorang wanita yang baru sahaja selesai kes fasakh di sebuah Mahkamah Syariah baru-baru ini. Tujuan kisah benar ini ditulis semoga ramai wanita di luar sana dapat mengambil pedoman dan bersemangat waja untuk berhadapan dengan kes-kes pengadilan di mahkamah demi masa depan mereka dan anak-anak tersayang.

Kisahnya Bermula...
"Ingin saya kongsi gambar ini bersama semua terutama yang tidak pernah menjejakkan kaki ke mahkamah syariah. Saya ambil gambar ini sebagai kenangan dan ingatan supaya saya mengharamkan kaki saya untuk menjejak lagi tempat ini. Dan pesan saya kepada semua,hindari tempat ini. Jangan dipijak jika tidak perlu. Jangan sekali-kali!!....
Dan saya kongsikan juga kata-kata Tuan Hakim Mahkamah Syariah.....

"Tidak ada masa yang sia-sia dalam hidup melainkan menjejakkan kaki berkali-kali ke kamar ini. Tempat ini dipenuhi dengan badi-badi yang tak elok yg dibawa oleh kamu semua. Tempat ini tempat yg penuh dengan dendam kesumat. Tempat hantu-hantu raya dilepaskan. Tempat syaitan merasuk untuk berbunuhan suami isteri"....



Air mata saya tumpah apabila saya menoleh untuk melihat buat kali terakhir ke barisan wanita-wanita yang duduk menunggu giliran masing-masing. 3 tahun dulu saya juga seperti mereka menunggu dan menunggu...gambar ini ialah pandangan dari tempat duduk saya selama 3 tahun di situ. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...saya sayu meninggalkan mereka. Wanita-wanita itu saudara-saudara saya yang juga menuntut keadilan....Mereka juga seperti saya yang dianiaya oleh lelaki. 
  • Ada yang mengendong anak menuntut nafkah dari suami yg hilang entah kemana. Ada yg menuntut penjelasan status perkahwinan bila suami menghambur cerai di kawasan parking motor.
  •  Ada yang ditinggalkan suami setelah 35 tahun hidup bersama hanya kerana suami mendapat isteri baru.
  • Ada juga wanita di penghujung usia yang perlu dipapah anak-anak dan sudah kurang jelas pendengaran dihalau oleh sang suami yg mabuk cinta wanita seberang....



Andainya Baginda Rasulullah S.A.W masih hidup, ingin saya menangis semahu-mahunya supaya Rasulullah adili lelaki yang menganiaya wanita-wanita seperti ini. Baginda pasti akan turut bersedih dengan apa yg terjadi sekarang..


Dari jauh, saya mendoakan kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat. Tidak lupa juga kepada banyak saudara-saudara wanita di FB ini yg juga masih berjuang di Mahkamah Syariah....


    • Sedikit Sinopsis......

      Suzana


      Perkahwinan saya dan bekas suami hanya sempat bertahan 3 tahun sahaja. Saya memohon fasakh pada tahun 2009. Kami telah menjalani kaunseling sebanyak 3 kali sepanjang tempoh perkahwinan. Dan kaunseling itu juga atas desakan saya dan usaha saya untuk menyelamatkan rumah tangga kami. Malangnya, bekas suami masih tidak mahu berubah.
      Bekas suami saya seorang yang malas bekerja dan suka bertukar-tukar tempat kerja. Alasannya mudah, tidak sebulu dengan ketua tempat bekerja. Bila selalu tidak bekerja, semua bil-bil dan nafkah hidup dia dan saya, saya yang terpaksa tanggung. Ini termasuk bayaran rumah, kereta, makan minum, bayaran kard kredit, personal loan dan lain2, 100% saya yang tanggung.
      Selain itu,  bekas suami tidak solat, tidak puasa dan suka melayan internet. Berchatting dengan perempuan lain yang melarat sehingga ke hubungan terlarang di bilik hote. Dan yang paling saya tidak tahan, bekas suami ringan tangan. Apabila bergaduh, suami suka angkat tangan dan berulang kali mohon maaf dengan alasan tak dapat kawal perasaan. Saya pendam perasaan dan sorok dari keluarga.


      Setelah lama bersabar dan menasihatinya untuk berubah, perangainya semakin buruk. Sehinggalah saya mendapat anak dan ketika itu anak saya baru berumur 3 bulan, bekas suami melakukan keganasan fizikal lagi kepada saya. Berbekalkan kekuatan untuk mempertahankan keselamatan anak saya, saya nekad keluar rumah dan lari ke rumah ibu bapa. Saya buat laporan polis, pergi ke mahkamah majistret mohon IPO (Interim Protection Order) dan terus ke mahkamah syariah untu mohon fasakh. Saya upah peguam syarie. Kes memakan masa yang lama kerana kerenah mahkamah syariah (ini juga satu isu yang perlu diulas panjang lebar). 

      Dan akhirnya, 10hb september lepas, Alhamdulillah..tuntutan saya diluluskan. Tuntutan suami mengatakan saya nusyuz dan mohon perintah mahkamah supaya saya kembali taat telah ditolak oleh hakim.


      • Persatuan Wawasan IbuTunggal AnakYatim

        Assalamualaikum puan. Saya sudah membaca keseluruhannya. Saya terhenti beberapa kali membacanya...menahan air mata mengalir. Betapa penderitaan puan dibalas dengan kejayaan akhirnya. Insya Allah, kisah puan akan saya letak di blogspot saya untuk pedoman.
        Untuk pengetahuan puan, kita punya kisah berbeza. Namun pernah menjejak kaki ke mahkamah. Walau makan masa bertahun, namun Allah telah beri kita semangat dan kekuatan untuk bangun semula. Semoga hidup kita dilimpahi sinar kebahagiaan dan keredhaanNYA. smile


        • Suzana

          Aminnn....Betul. setiap kita ni punyai dugaan hidup yg berbeza.kita selalu memanggilnya sebagai musibah.tapi bila semua tu dah berakhir,barulah kita sedar tentang semua hikmah yg tersembunyi disebaliknya...



          • Terima kasih sudi membaca kisah saya. itu cuma sinopsisnya saja. Saya tidak mengupasnya dgn mendalam. Betapa saya ini juga menanggung beban hutang kewangannya, membuat pinjaman bagi pihaknya. Menjadi penjaminnya utk pinjaman MARA sebanyak 200k...Semuanya saya lakukan untuk memperbaiki hidup kami. Bila tidak bekerja, suami usulkan mahu berniaga. Pergi kursus asas keusahawanan dgn MARA dan buka kopitiam. Perniagaan lingkup kerana kelemahan dia mengurus pekerja dan kewangan. Keuntungan dijoli dengan perempuan. saya juga mempunyai kesan kekal kecederaan di dahi (lekukan akibat ditumbuk,lekukan itu ialah kesan batu di cincin yg dipakai ketika menumbuk saya).

            Tapi di sebalik semua itu,saya bangun semula dan hidup bahagia sekarang. Saya lebih berhati-hati dengan lelaki. Saya diperalatkan untuk kepentingan peribadinya sahaja. Begitulah kisah saya. Macam kisah drama di TV tapi itu kisah benar saya."

          0 comments:

          Post a Comment