Activities





Kelas Scuba Diving Intro ini telah diadakan pada 30 September 2012 di PJ Palms Sport Centre, Petaling Jaya, Selangor.  Rakan-rakan yang bergelar ibu tunggal telah menyertai kelas ini. Kanak-kanak yang berusia di antara 10 tahun ke atas, boleh menyertai aktiviti ini. Kelas berenang pula akan diadakan secara percuma pada setiap hari Khamis dan Jumaat.




Kelas Roti dan Pastri

Pada 16 Julai (Isnin), jam 2 petang, kelas membuat roti dan pemprosesan mee telah dijalankan di Flat Sri Kelantan, Kuala Lumpur. Kelas ini adalah di bawah anjuran sebuah persatuan kebajikan di Sentul. Ia adalah percuma untuk ahli-ahlinya. Jika anda ingin menjadi ahli, mohon berhubung dengan kami segera.