Tuesday, June 26, 2012

Kisah Ibu Tunggal


KISAH IBU TUNGGAL

1. Malam tadi, anda semua makan malam apa, ye? Mesti lauk menyelerakan.
Di ketika anda semua sedang makan malam, ibu tunggal beranak 8 (anak berusia 16 tahun - 3 tahun) ini juga telah makan malam. Lauknya sup telur dan nasi.

2. Di ketika kita bakal menyambut bulan Ramadan, ada ibu tunggal telah mendapat notis untuk keluar seminggu dari rumah. Rumah kena lelong. Rumah pula adalah tempat berlindung bersama ibubapanya. Bapa kini pula terlantar di hospital, menghidap penyakit dan ketika rumah dilelong, bapanya terus hilang ingatan. Buat sementara waktu, ibu tunggal dan anak-anaknya tinggal di pejabat. Permohonan rumah DBKL telah dibuat, namun tiada jawapan. Sampai bilakah agaknya ibu tunggal akan tinggal di pejabat agaknya?

3. Di ketika anda berkenderaan ke sana ke mari, ada ibu tunggal terpaksa bersabar kerana menggantikan tayar keretanya yang rosak. Kereta pula adalah mata pencarian untuk mengangkut anak-anak jiran untuk ke sekolah. Pembayaran utiliti ada yang terpaksa ditangguhkan.

Hari ini, Allah telah bukakan hati saya untuk menelefon setiap ibu tunggal yang saya kenali dan tidak saya kenali. Jauh di sudut hati, memohon bantuan rakan-rakan untuk sudi membantu dan mendoakan mereka. Terima kasih.

0 comments:

Post a Comment