Thursday, June 28, 2012

PROGRAM 3RD UNIVERSITY SCHOLARS LEADERSHIP SYMPOSIUM 2012 (3RD USLS2012) Bali, Indonesia | 1-7 Ogos 2012

INFORMASI TERKINI BUAT BELIA MALAYSIA BERUMUR 16-25 TAHUN - KHUSUS BAGI YANG MASIH BERSEKOLAH/IPTA/IPTS/ILKA/​ILKS/IPG/CIAST]

PROGRAM 3RD UNIVERSITY SCHOLARS LEADERSHIP SYMPOSIUM 2012 (3RD USLS2012)
Bali, Indonesia | 1-7 Ogos 2012
Link 1: https://www.facebook.com/​UniScholars
Link 2: http://​universityscholars.org.uk/

Sebuah program himpunan 600 orang pemimpin pelajar dari lebih 50 buah universiti terbaik seluruh dunia. Mewujudkan rangkaian persahabatan, diskusi mengenai kemanusiaan, kesukarelaan, kepimpinan, ad-hoc projek kemanusiaan, bicara tokoh kemanusiaan terbilang dunia, perkongsian idea dan kerjasama bantuan kemanusiaan dunia. Dianjurkan oleh Humanitarian Affairs UK dengan pemantauan United Nations (UN).

Bayaran yang dikenakan:
Yuran Penyertaan : RM 3,200.00
(Anda tidak pelru bayar kerana anda berpeluang ditaja oleh Malaysian Youth Hostels Association-MYHA)

Tiket Penerbangan : Dibawah tanggungan sendiri jika terpilih

Penajaan RM3200.00 itu meliputi perkara dibawah:
•6 Nights Stay on twin-sharing basis from August 1 to 6
•Transfer to Hotel on August 1 from 11.00 am to 11.00 pm
•Transfer to Airport on 7 August at stipulated timing
•Local Transportation during Official Activities
•Meals include Breakfast, Lunch and Coffee Break
•An Official Banquet
•An Enriching Experience - Learning Journey
•Inspiring Guest Lectures
•Knowledge-based Plenary Discussions
•One Piece of Souvenir T-shirt
•A Certificate of Participation
•And More Importantly, Networking Opportunities

BERMINAT? Sila kirimkan email anda ke inbox saya di www.facebook.com/mdrizanhassan atau SMS ke +60137733676

Jika anda terpilih, anda diberi masa 48jam dari tarikh kelulusan anda untuk menempah tiket penerbangan.

DARIPADA: RIZAN HASSAN, Ketua Sekretariat YES, Malaysian Youth Hostels Association (MYHA) di talian +60137733676

Tuesday, June 26, 2012

Kisah Ibu Tunggal


KISAH IBU TUNGGAL

1. Malam tadi, anda semua makan malam apa, ye? Mesti lauk menyelerakan.
Di ketika anda semua sedang makan malam, ibu tunggal beranak 8 (anak berusia 16 tahun - 3 tahun) ini juga telah makan malam. Lauknya sup telur dan nasi.

2. Di ketika kita bakal menyambut bulan Ramadan, ada ibu tunggal telah mendapat notis untuk keluar seminggu dari rumah. Rumah kena lelong. Rumah pula adalah tempat berlindung bersama ibubapanya. Bapa kini pula terlantar di hospital, menghidap penyakit dan ketika rumah dilelong, bapanya terus hilang ingatan. Buat sementara waktu, ibu tunggal dan anak-anaknya tinggal di pejabat. Permohonan rumah DBKL telah dibuat, namun tiada jawapan. Sampai bilakah agaknya ibu tunggal akan tinggal di pejabat agaknya?

3. Di ketika anda berkenderaan ke sana ke mari, ada ibu tunggal terpaksa bersabar kerana menggantikan tayar keretanya yang rosak. Kereta pula adalah mata pencarian untuk mengangkut anak-anak jiran untuk ke sekolah. Pembayaran utiliti ada yang terpaksa ditangguhkan.

Hari ini, Allah telah bukakan hati saya untuk menelefon setiap ibu tunggal yang saya kenali dan tidak saya kenali. Jauh di sudut hati, memohon bantuan rakan-rakan untuk sudi membantu dan mendoakan mereka. Terima kasih.

Pusat Rahmat DBKL akan mengadakan Program Motivasi Mentor-Mentee khusus untuk ahli-ahli yg telah berdaftar di bawah e-kasih.. Program tersebut akan diadakan pada 29-30 Jun 2012 di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang, Sepang.. Jika berminat, Sila Hubungi En.Shahrol Di Talian 03-26176351/03-26176348.

Sunday, June 24, 2012

SKIM KHAS BANTUAN SEWA RUMAH PPR DBKL


Jika anda adalah tergolong di dalam kategori miskin tegar, miskin dan mudah miskin, sudahkah anda berdaftar dengan e-kasih yang diseliakan oleh ICU, Jabatan Perdana Menteri di bawah kategori miskin tegar, miskin dan mudah miskin?.

3 Jun 2012 - Pihak kerajaan bersetuju mewujudkan satu dana khas untuk membantu golongan miskin yang tidak mampu membayar sewa rumah dan mempunyai tunggakan yang tinggi dengan menggunakan 10 peratus daripada hasil jualan Perumahan Awam DBKL dan PPR MTEN yang sedang dijalankan oleh kerajaan ketika ini. Pengumuman ini dibuat oleh Yang Berhormat Dato’ Raja Nong Chik Dato’ Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar pada Majlis Penyerahan Skim Khas Bantuan Sewa Rumah PPR / PA DBKL di Perumahan Awam (DBKL) Setapak Jaya A1, 3 Jun 2012 (Ahad). Turut hadir Yang Berhormat Dato’ Zulhasnan Rafique, Ahli Parlimen Setiawangsa dan Yang Berbahagia Datuk Mohd Amin Nordin Abd. Aziz, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL.
Dalam ucapan perasmiannya beliau berkata, penyewa yang layak untuk menerima bantuan ini adalah mereka yang berdaftar dengan e-kasih yang diseliakan oleh ICU, Jabatan Perdana Menteri di bawah kategori miskin tegar, miskin dan mudah miskin. “Dalam masa yang sama, pihak DBKL telah mula melakukan semakan untuk menentukan penyewa yang layak menerima bantuan ini berdasarkan beberapa kriteria”, katanya lagi.
Pada majlis tersebut, seramai 348 orang penyewa Perumahan Awam DBKL dan PPR menerima surat pengesahan sebagai penerima skim bantuan sewa rumah dalam kawasan Parlimen Setiawangsa yang telah dikenalpasti layak serta memenuhi syarat yang ditetapkan.
petikan dari :- http://www.dbkl.gov.my

Program Ibu Tunggal - Menggunting Rambut


































Pada tahun lalu, kami telah membuat program menggunting rambut warga emas secara percuma dengan penajaan badan kerajaan Negeri Selangor. Pada tahun ini, kami dengan sukacitanya ingin menawarkan khidmat yang sama kepada warga emas, ibu tunggal dan kanak-kanak. Jika anda sudi menjemput kami (ibu-ibu tunggal yang berkebolehan menggunting rambut) ke tempat anda, kami amat berbesar hati. Jika sudi, hubungi kami di 017-20 94 924. 
Terima kasih di atas sokongan anda semua.

Friday, June 22, 2012

Nasihat Kepada Penaja/ Penganjur Program Ibu-Ibu Tunggal

Jika anda sebagai penaja/ penganjur program untuk ibu-ibu tunggal, menawarkan saya sebuah kursus di mana para peserta mesti belajar sepenuh masa dan mereka akan mendapat elaun sebanyak RM200.00 sebulan, adakah saya akan menerima tawaran itu untuk ibu-ibu tunggal? Tentunya jawapannya tidak. Bayangkan apakah yang akan ibu tunggal sekeluarga ini menyara hidup dengan elaun sebanyak RM200.00.? Melainkan jika pihak penaja sanggup berurusan dengan pihak pusat zakat dan mengatakan bahawa ibu tunggal ini memerlukan bantuan selama belajar kursus tersebut. Wahai pihak penaja, sila fikirkan kos sewa rumah, kos makan minum anak beranak mereka dan cost of living' di bandar besar ini.

MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR -PROGRAM MIKROKREDIT MISKIN BANDAR (MIMBAR)


MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR -PROGRAM MIKROKREDIT MISKIN BANDAR (MIMBAR)
Syarat Pinjaman:-
1. Pendapatan seisi rumah kurang dari:
RM1,500 tanpa anak,
RM2,500 berkahwin anak kurang daripada 4 orang
RM3,000 berkahwin, anak lebih daripada 3 orang
2. Warga Malaysia berusia 21 - 60 tahun.
3. Warga Selangor / bermastautin lebih daripada 10 tahun (perlu pengesahan)
4. Memiliki aset tidak lebih daripada RM50,000 dalam segala bentuk
5. Menetap, berniaga dan bekerja di bandar-bandar Negeri Selangor
6. Mestilah sudah mula berniaga kecil-kecilan dan memerlukan dana tambahan
7. Mengikuti syarat-syarat program yang telah ditentukan
8. Tidak mendapat sebarang bantuan dari SKIMSEL, AIM dan TEKUN atau program mikrokredit seumpamanya
9. Mampu membayar pinjaman dalam tempoh masa yang dipersetujui
10. Wajib menghadiri latihan MIMBAR dan menyertai program susulan 'RANGKAIAN MIMBAR'
11. Kawasan bandar yang tiada ketua kampung
12. Tiada masalah hutang seperti hutang Bank, 'Ah Long' dan sebagainya

Boleh kunjungi website ini:-
http://www.mimbarselangor.org/​v1/​index.php?option=com_content&vi​ew=article&id=6&Itemid=6

Tuesday, June 19, 2012

Program Mari Membaca 1Malaysia:Jauh Perjalanan Luas Pengetahuan Siri 1/2012


PROGRAM MARI MEMBACA 1MALAYSIA

“JAUH PERJALANAN LUAS PENGETAHUAN“ SIRI 1/2012

Kementerian Penerangan Komunkasi dan Kebudayaan melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah mengadakan Program Mari Membaca 1Malaysia: “Jauh Perjalanan Luas Pengetahuan” Siri 1/2012 bermula di Stesen Sentral Kuala Lumpur ke Stesen Sentral Johor Bahru pada 4 Jun 2012 (Isnin). Program ini telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dennis D’Cruz, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
Objektif program ini adalah:

  • Untuk menjalin persepakatan pintar di antara PNM dan KTMB serta beberapa penerbit terkemuka di dalam menggalakkan budaya membaca di kalangan penumpang keretapi.
  • Untuk menanamkan budaya membaca walau dimana berada kepada pengguna keretapi disamping memenuhi masa yang terluang.
  • Untuk memberi peluang kepada pengguna keretapi mendapatkan pengetahuan melalui bahan bacaan yang disediakan.
  • Untuk meningkatkan kesedaran kepada pengguna keretapi mengenai kepentingan ilmu pengetahuan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (Life Long Learning).
Antara aktiviti yang telah diadakan sepanjang program ini adalah:

  • Sumbangan bahan bacaan
  • Menyediakan bahan bacaan di sudut bacaan
  • Sesi Bercerita
  • Sesi Mewarna
  • Sesi Kraftangan
  • Sesi Silap Mata dan Badut
  • Bengkel Penulisan Puisi
  • Nyanyian Lagu-Lagu Rakyat
  • Pelancaran Bank Buku

Taklimat Untuk Ibu Tunggal Di Pusat Dagangan Dunia Putra

Kepada wanita-wanita, yang bergelar ibu tunggal, dimohon sudi hadirkan diri di majlis taklimat ini.

Majlis Taklimat DBKL, SPNB, Yayasan Kebajikan Negara dan Baitulmal akan diadakan pada:-
Tarikh : 22 Jun 2012 (Jumaat)
Masa : 10 pagi
Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Aras 3, Dewan Sri Endon, Kuala Lumpur


 Mohon inbox nama, no kad pengenalan dan no. tel segera di ibutunggalwawasan@gmail.com.

Thursday, June 14, 2012

Kelas Seni Tembikar Seramik Percuma Pada 16 Jun 2012

TERBUKA KEPADA IBU-IBU TUNGGAL YANG BERMINAT MEMPELAJARI SENI TEMBIKAR SERAMIK - KELAS PERCUMA BERMULA SABTU INI (16 JUN 2012) DI ULU KELANG.

Tawaran ini dibuka kepada ibu-ibu tunggal atau ibu yang telah digantung tiada tali atau hanger' yang tinggal di sekitar kawasan Ampang, Ulu Kelang, Setapak dan di persekitarannya. Saya memerlukan 5 orang lagi. Jika anda berminat dan berjaya di dalam temuduga yang dijalankan oleh penaja, anda akan ditawarkan kursus percuma ini selama 2 bulan, pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Di dalam kursus ini, anda akan belajar membuat seramik kecil yang sering ditempah orangramai untuk cenderahati perkahwinan. Sebaik habis kursus, anda boleh memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan. Hubungi saya segera pada waktu pejabat di 017-2094 924.Terima kasih.

Monday, June 11, 2012

Penaja Program Kanak-Kanak

Saya jarang mencari penaja untuk program-program saya. Mereka adalah nama yang gah, mampu menguasai semua agenda. Kali ini saya demand sehabis baik dengan penaja program kanak-kanak yang menghubungi saya. Jika permintaan saya tidak dituruti, dengan ikhlas hati saya undur diri. Kanak-kanak bukanlah barang permainan. Mereka punya hati dan perasaan. Sinar mata mereka mampu membuat kita menangis.
Gambar Ihsan Google

Diantara Kasih Sayang Lelaki dan Ahli Keluarga Kita

Kasih sayang seorang lelaki boleh bertukar ganti, tetapi kasih sayang darah daging sendiri adalah tiada galang ganti. Andai wanita ingin berkahwin atau berkahwin semula, pastikan bakal suami adalah berfikiran terbuka. Mereka boleh menerima ibu dan anak-anak kita (sekiranya ada). Syurga di bawah tapak kaki ibu. Anak-anak pula, bila hati terguris, parutnya lambat sembuh. Tinggalkan lelaki yang memaksa kita putus kasih dengan darah daging kita.