Thursday, April 3, 2014

Ibu Tunggal Agresif?

Hasil dari pemerhatian saya, saya mendapati ramai ibu tunggal bersikap agresif dan terlalu berterus terang. Antara kata-kata yang sering menggambarkan betapa agresif dan berterus terangnya ibu tunggal ini adalah seperti di bawah:-

"Saya mempunyai 4 orang anak dan 2 pekerjaan sebab bapa mereka tidak berguna. Jadi, jika ada lelaki yang berminat dengan saya, mereka perlu ada wang dan perlu mampu menyara kami. Jika tidak, janganlah buang masa dengan saya."

Kata-kata di atas boleh digantikan dengan lebih berhemah lagi seperti di bawah pula :-

"Bagi saya, menjadi seorang ibu yang baik adalah penting. Jadi, sebagai ibu yang baik, sudah tentu saya perlu pastikan bahawa anak-anak saya mendapat seorang bapa yang baik juga. Saya boleh berdikari tetapi saya sedar lebih baik lagi sekiranya ada lelaki yang boleh menjadi role model'/ father's figure di dalam keluarga kami."

Fikirkan kata-kata di atas. Sebagai ibu tunggal, kita perlu letakkan standard' yang bagaimana kita perlukan di dalam kehidupan kita. Ada kala, lelaki perlu diingatkan selalu apakah tanggungjawab mereka di dalam sesuatu perhubungan terutama sekali perhubungan dengan Allah.


-norasikin ma'akim 


0 comments:

Post a Comment