Thursday, April 3, 2014

Bantuan Segera Diperlukan Untuk Rumah Allah di Sandakan, Sabah


“The first duty of love is to listen” - Paul Tillich's quote.
Maksudnya tugas cinta yang pertama ialah mendengar.

Salah satu asma ul-husna Allah SWT ialah Al-Sami’ (Yang Maha Mendengar). Allah sentiasa mendengar pengaduan hamba-hambaNya. Zat yang mampu menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh hamba-Nya.

Berkata seorang ulama bernama al-Hakim:
“Jika kamu ingin Allah ‘bercakap’ denganmu, bacalah Al-Quran kerana Al-Quran ialah ayat ayat Allah yang ditujukan kepadamu. Tetapi jika kamu pula ingin ‘bercakap’ dengan Allah, maka dirikanlah solat kerana solat hakikatnya ialah doa, pengaduan, pujian dan rintihan seorang hamba kepada Allah”.

p.s : Gambar yang anda lihat ialah gambar di sebuah tempat kebakaran. Saya berada di sini. Saya sedang membantu surau dan masjid di sekitar Sandakan yang serba daif. Contoh, kekurangan tenaga pengajar mengajar penduduk setempat terutama kanak-kanak dan warga emas. kekurangan bekalan air bersih, ketiadaan kolah untuk bersuci. Usah pertikaikan pihak lain. Tanya diri sendiri seikhlas hati. Mohon rakan-rakan dermawan sudi membantu mereka. Pm inbox saya untuk tindakan seterusnya. Semoga para dermawan dirahmati Allah selalu. Aamiin.


0 comments:

Post a Comment