Thursday, February 28, 2013

Kisah Seorang Isteri Yang Memujuk Suaminya Supaya Berpoligami

    Ini ialah kisah seorang isteri yang sayangkan suami dan seorang rakan sekerjanya. Kisah yang jarang anda dengar dan baca. Mohon sudi membaca kisah seterusnya.
  • Saya pernah menyuruh suami saya berkahwin lagi dengan seorang ibu tunggal yang mempunyai dua (2) orang anak.

    Wanita itu rakan sekerja saya. Wanita itu selalu bercerita masalahnya. Dari kisah  bermasalah dengan suami, kisah suaminya lari ikut janda, sampailah dia bercerai, dan kini hidudnya dengan anak memang sangat-sangat susah.

    Pada masa itu, umur saya ialah 27 tahun dan mempunyai dua (2) orang anak.
    Ibu tunggal ni namanya Mazlia. Saya panggil beliau dengan nama Kak Zia.Tua setahun dari saya. Beliau masih cantik dan kadang-kadang ada orang kata kami adik beradik sebab muka hampir sama...

  • Selalu Kak Zia bercerita mengenai anaknya yang demam dan dia terpaksa menghantar anaknya yang tengah demam panas naik bas pada waktu malam untuk ke hospital. Banyak kisah beliau pada saya. Saya faham beliau baru mengalami keadaan itu dan beliau memang perlukan seseorang untuk meluahkan rasa hatinya.
    Dek selalu saya mendengar kisahnya, hati saya makin lama makin tak tertahan dengar. Saya rasa saya perlu buat sesuatu untuknya.



  • Dalam ralit-ralit beliau bercerita, saya pun mencelah, "kak, kahwin dengan Azhar nak?"
    Dia jawab, "ko gila ke Reen?" sambil senyum..tetapi dengan nada suara dia memang betul-betul terkejut.


  • Saya cakap, "takpe kak...sekurang-kurangnya kalau anak-anak akak demam, mereka ada ayah tolong jagakan. Akak pun ada tempat bergantung. Tetapi akak jangan la duduk jauh sangat...pindah la di kawasan kuarters yang dekat".. Masa itu kami bekerja di bahagian selatan tanahair. Dia benar-benar menolak, saya pula betul-betul memujuk. Bila balik ke rumah, saya suarakan pula pada suami tersayang. Suami saya tergelak.


Saya memang betul-betul ikhlas pada masa itu.Sebabnya saya tidak sanggup melihat beliau dan anak-anaknya terkontang kanting tanpa seorang suami dan seorang ayah. Saya tidak boleh membayangkan kalau saya berada di tempat beliau. Hampir seminggu juga adegan pujuk memujuk berlaku. Kalau Kak Zia tak layan, saya pujuk suami..
Kalau suami tak layan, saya pujuk Kak Zia balik..

  • Dan demi Allah, saya tidak tahu kenapa tiada langsung perasaan cemburu di dalam hati. .Dari seminggu membawa ke sebulan.

    Walaupun Kak Zia sudah kurang bercerita tentang kesusahannya (mungkin sebab dia tidak mahu mendengar offer dari saya lagi agaknya), kadang-kadang saya tetap tanya dia, "kak...nak tak kahwin dengan Azhar?"
    Dan jawapan beliau, "kau ni gila la Reen..."
    Kalau kedua-duanya  bersetuju, memang saya sendiri yang pergi meminang...hehehe
    Tapi memang tiada jodoh mereka...
    Sekarang saya dan keluarga  sudah berpindah ke Kuala Selangor dan Kak Zia masih lagi di selatan tanahair. 

     Andai kata suatu masa nanti ada jodoh mereka, saya tetap terima dengan hati yang terbuka..Insha Allah...

  • Saya ni bukannya baik sangat. Saya mudah baran. Saya banyak sikap negatif dari positif. Sekarang saya sedang belajar mengubah sikap saya.Walaupun kadang-kadang terlepas juga. Saya pun tidak tahu bagaimana dalam soal poligami ni, kenapa saya boleh lembut hati. Tetapi syaratnya, mestilah ibu tunggal yang benar-benar susah. Bukan ke Rasulullah sendiri memperisterikan kebanyakan ibu tunggal yang susah? Tapi buat masa sekarang ni saya terpaksa tutup soal poligami sebab suami saya tidak berkemampuan..ye la, anak sudah 5, pendapatan pun cukup-cukup. Kesian suami nanti, tanggung dosa sebab tidak boleh berlaku adil, dan kesian juga kami yang terpaksa tanggung susah. Kalau suatu hari nanti suami saya lebih dari mampu, insha Allah saya tak melarang. Tapi yang utama, mestilah ibu tunggal yg betul-betul kesusahan. Kalau suami nak pilih anak dara jugak, nak buat macam mana. Asalkan jangan mengada-ngada nak conquer' giliran sudah la. Hehehe... Kak Zia sekarang sudah berumur 42 tahun, pernah berkahwin dengan duda atas aturan kawan, tapi sayangnya salah pilih, dan bercerai lagi. Sudah lama tak dengar kisah tentang Kak Zia.. semoga dia terus kuat, dan dia serta anak-anak sentiasa dilindungi Allah Taala. Jom solat! 

2 comments:

Salam,
Hmmm... isteri baik, suami baik, kawan pun baik..tapi tak ada jodoh...

Ada kes yg suami tak mampu tapi beria-ria nak poligami, dengan perempuan muda dan cantik...isteri reda (kerana tak menentang hukum Allah) tapi keadaan menjadi lebih teruk..jadi apa erti poligami dalam kes begini?

Post a Comment