Sunday, February 24, 2013

Kisah Ibu Tunggal Yang Memenangi 5 Anugerah Cemerlang

 Kisah ibu tunggal yang memenangi 5 Anugerah Cemerlang ini dikongsikan bersama saya untuk tatapan semua wanita, terutamanya ibu tunggal. Harapan saya dan penulis kisah ini, Rose Rina (Nama samaran) ialah semoga ia boleh memberi inspirasi kepada semua wanita.
In Syaa Allah.
"Semasa saya masih menjadi isteri, saya telah didatangi isteri orang kerana suaminya mahu berpisah dengannya kerana terpikat dengan saya. "terpikat di sini kerana, saya melayan dia sebagai pesakit, layan pula hanya bertanya adakah dia sejuk semasa rawatan dan menyelimutkan dia sebagai seorang pesakit. kerana itu dia terpikat. Isterinya telah datang menyerang rumah saya dan mara-marah serta menjerit-jerit di depan pagar rumah saya.Saya pun keluar, menjemput dia masuk beserta anak-anak. Saya menghidangkan air dan saya tenangkan dia. Saya katakan, walau apa terjadi, suami dia tidak boleh kahwin dengan saya kerana saya adalah isteri orang. Cuma saya berpesan dengannya, "Senyum lah untuk suami, layan dengan baik."Sememangnya saya tidak berhajat kepada suaminya dan isteri itu memang kurang senyum...

Sekarang pula, saya dimarahi oleh isteri bekas suami, kerana kami berhubung sebagai sahabat. Dia marah kerana saya masih tidak berkahwin, dan terlintas di fikirannya saya masih berminat dengan bekas suami. Dia juga menyatakan saya tidak rasa apa yang dia rasa. Dengan senyuman saya jawab semula bahawa saya rasa lebih dari apa yang dia rasa, kerana saya pernah dimadu saat saya masih isteri dia dan isteri baru itu hanya berkahwin setelah saya bercerai, just jangan assume' saya tak faham apa yg dia rasa...

Kesimpulannya, kadang kala, kita mudah menjatuh hukuman pada orang lain, tanpa kita kaji situasi sebenar. Perempuan memang mudah cemburu jika rasa terjejas, tetapi mereka perlu lihat kekurangan diri sendiri. Saya tidak nafikan bekas suami memang mahu berbalik semula. Namun hati saya sudah tidak ada lagi untuknya. Kepercayaan untuknya sudah hilang. Bekas dan kesan kekasaran zahir dan batin masih segar di ingatan saya. Ini bukan dendam tetapi beringat. Saya masih ingat urusan untuk berpisah dengannya juga makan masa bertahun-tahun, namun dgn izinNYA, akhirnya dimudahkan.

Maki hamun, sepak terajang, caci makin, pernah parang diletakkan di leher saya, pernah tak bangun seminggu akibat dibelasah, pernah muntah darah akibat dipukul, selalu darah mengalir, airmata usah dikira, namun kita mesti bijak, report polis buat, rawatan ambil, semua message yang perlu, simpan dan rekodkan bersama tarikh dan masa.

Semua itu pengalaman lalu, namun saya maafkan semua yang berlaku. saya anggap semua dugaan. Bekas madu (juga telah bercerai dengan bekas suami) juga saya maafkan, walau dia telah amat menyakitkan hati saya tetapi saya berdoa semoga dia bertemu jalan yang benar dan bertaubat dari kesilapan lalu.

Hidup ini lebih tenang dengan anak-anak, masa banyak dengan keluarga, kerjaya meningkat naik. Sepanjang proses bermadu saya telah mendapat 5 kali ANUGERAH CEMERLANG dan saya UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA BEKAS SUAMI kerana saya berpeluang lakukan semua itu di saat saya ditimpa musibah. Sekarang, kami bersahabat. Isterinya juga jadi sahabat saya. Saya mendoakan kebaikan untuk semua dan saya ikhlaskan hati saya di atas segala yang berlaku adalah di atas kehendak Allah. Sesungguhnya saya redha di atas ketentuanNYA.

p.s : - "maaf sebab share perkara ini dengan puan, kadang-kadang, kita perlu share...
AGAR ORANG LAIN TAHU APA ITU ERTI SABAR.."  - Rose Rina

0 comments:

Post a Comment