Tuesday, June 19, 2012

Program Mari Membaca 1Malaysia:Jauh Perjalanan Luas Pengetahuan Siri 1/2012


PROGRAM MARI MEMBACA 1MALAYSIA

“JAUH PERJALANAN LUAS PENGETAHUAN“ SIRI 1/2012

Kementerian Penerangan Komunkasi dan Kebudayaan melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah mengadakan Program Mari Membaca 1Malaysia: “Jauh Perjalanan Luas Pengetahuan” Siri 1/2012 bermula di Stesen Sentral Kuala Lumpur ke Stesen Sentral Johor Bahru pada 4 Jun 2012 (Isnin). Program ini telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dennis D’Cruz, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
Objektif program ini adalah:

  • Untuk menjalin persepakatan pintar di antara PNM dan KTMB serta beberapa penerbit terkemuka di dalam menggalakkan budaya membaca di kalangan penumpang keretapi.
  • Untuk menanamkan budaya membaca walau dimana berada kepada pengguna keretapi disamping memenuhi masa yang terluang.
  • Untuk memberi peluang kepada pengguna keretapi mendapatkan pengetahuan melalui bahan bacaan yang disediakan.
  • Untuk meningkatkan kesedaran kepada pengguna keretapi mengenai kepentingan ilmu pengetahuan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (Life Long Learning).
Antara aktiviti yang telah diadakan sepanjang program ini adalah:

  • Sumbangan bahan bacaan
  • Menyediakan bahan bacaan di sudut bacaan
  • Sesi Bercerita
  • Sesi Mewarna
  • Sesi Kraftangan
  • Sesi Silap Mata dan Badut
  • Bengkel Penulisan Puisi
  • Nyanyian Lagu-Lagu Rakyat
  • Pelancaran Bank Buku

0 comments:

Post a Comment