Wednesday, September 26, 2012

Kepimpinan YAB Perdana Menteri Di Dalam Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


Ramai yang meragui kepimpinan YAB Perdana Menteri kita di dalam kementerian ini. Mari kita lihat inisiatif dan usaha yang telah dijalankan oleh beliau.

YAB Perdana Menteri telah menerajui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sejak 9 April 2012. Sepanjang tempoh tersebut, YAB Perdana Menteri telah berjaya menjalankan peranan dan tanggungjawab beliau sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan penuh itizam, komitmen dan dedikasi.
Beberapa inisiatif dan usaha yang dilaksanakan oleh Kementerian semenjak YAB Perdana Menteri menyandang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, di antaranya ialah:-
  •  Warga emas dikecualikan caj pendaftaran rawatan pakar (sebanyak RM5). Kerajaan juga telah mengurangkan Caj Pesakit Kelas 3 yang turut dinikmati oleh warga emas iaitu pengurangan sebanyak 50 peratus dengan caj maksimum sebanyak RM250 bagi setiap kemasukan berkuatkuasa mulai 1 Mei 2012.



  • Sebanyak 17 Pusat Jagaan Warga Emas yang dikendalikan Pertubuhan Sukarela Kebajikan dan 22 Pusat Aktiviti Warga Emas yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapat yuran pemasangan dan langganan ASTRO percuma selama 3 hingga 5 tahun.



  • Warga emas di 48 buah pusat jagaan yang didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat menikmati saringan kesihatan dan perkhidmatan kesihatan daripada Kementerian tanpa ke klinik.



  • Insentif potongan cukai berganda akan diberikan ke atas perbelanjaan latihan oleh syarikat –syarikat dalam mengambil semula wanita profesional yang telah berhenti bekerja bermula 2013.



  • Kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan Talent Corp  bagi mengadakan program yang melibatkan pihak majikan dengan golongan wanita untuk mengenal pasti peluang pekerjaan yang sesuai dan membangunkan pangkalan data (micro-site) wanita profesional yang berhasrat untuk kembali bekerja.



  • Melaksanakan Program inisiatif Pengarah Wanita (WDP) bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran kritikal untuk 200 orang wanita menerusi kaedah latihan yang berstruktur, mengambil kira kemahiran teknikal dan soft skills. Satu daftar (registry) ahli lembaga pengarah wanita juga telah mula beroperasi pada bulan April 2012 sebagai sumber calon wanita korporat yang kompetan dan sesuai dilantik sebagai lembaga pengarah.



  • Gerakan 1 Malaysia Family First dilancarkan pada 17 Jun 2012 bagi memastikan perspektif keluarga diambil kira dalam semua perancangan pembangunan sosio-ekonomi negara. Gerakan ini adalah outcome Mesyuarat National Blue Ocean Strategy kerana melibatkan penglibatan 3P (Public, People and Private). Antara inisiatif mengutamakan keluarga adalah bulan November akan dipromosikan sebagai bulan keluarga dan syarikat-syarikat yang menganjurkan hari atau aktiviti keluarga untuk pekerja mereka layak mendapat pelepasan cukai.



  • Kementerian melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (KPPKN) bekerjasama dengan Kementerian Pelajaraan Malaysia  untuk menjalankan projek rintis pada bulan September 2012 bagi melaksanakan Dasar Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial, melibatkan 36 buah sekolah rendah, menengah dan pendidikan khas. Sehubungan ini, seramai 72 orang guru dilatih sebagai jurulatih utama yang akan menggerakkan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Social di sekolah-sekolah.



  • Kerajaan juga sedang giat memperluaskan program pemulihan dalam komuniti (PDK) untuk memberi pemulihan dan membangunkan kapasiti OKU di peringkat akar umbi. Sehingga kini, sebanyak 468 buah Pusat PDK telah ditubuhkan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberi manfaat kepada seramai 29,184 OKU serta keluarga mereka di seluruh dunia.



  • Meneruskan program-program teras bagi meningkatkan kemahiran dan keusahawanan seperti Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT), Inkubator Kemahiran Wanita (I-KeuNita), Small Office Home (SOHO), Jejari Bestari, Kraf Kreatif dan Kursus Asas Pengurus Kediaman (KAPK).



  • Memperhebatkan usaha meningkatkan bilangan tenaga mahir dan separa mahir wanita di Malaysia melalui pelaksanaan program re-skilling dan up-skilling bagi melatih golongan wanita dengan kemahiran yang dapat memenuhi keperluan semasa. Program ini akan dilaksanakan menerusi 15 program Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KeuNita) pada tahun 2012 di seluruh negara sebagai usaha menggalakkan  penyertaan wanita dalam sektor pekerjaan.


Sumber dari : Jawapan Parlimen Berkenaan Sambutan Hari Wanita Malaysia & Menteri Wanita”


0 comments:

Post a Comment