Wednesday, September 26, 2012

Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2012


Sambutan Hari Wanita Kebangsaan yang disambut setiap tahun pada 25 Ogos akan ditunda pada 2 Oktober 2012 memandangkan tarikh tradisi jatuh pada cuti perayaan hari raya Aidil Fitri. 

Kali ini, sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2012 akan diadakan di Sunway Pyramid Convention Centre.

Tema tahun ini iaitu “Wanita Pencetus Ekonomi Baru” amat  bertepatan pada masa ini memandangkan Kajian Ernst & Young bertajuk High Achievers: Recogising the Power of Women to Spur Business and Economic Growth telah mensasarkan pendapatan wanita secara global bakal berkembang antara USD 13 trilion hingga USD 18 trilion dalam masa 5 tahun yang akan datang.
Majlis pelancaran Hari Wanita Kebangsaan 2012 akan dilengkapkan dengan satu Forum Wanita bagi membincangkan usaha untuk menarik balik wanita yang telah meninggalkan alam pekerjaan kembali ke pasaran kerja.

Selain sambutan di peringkat kebangsaan, sambutan Hari Wanita akan turut diadakan di peringkat negeri iaitu :
  •  Sabah pada 24 Oktober 2012
  •  Sarawak (31 Oktorber 2012) dan 
  • Terengganu (2 November 2012).




sumber dari :- http://teresakok.com

0 comments:

Post a Comment