Showing posts with label ibu tunggal. Show all posts
Showing posts with label ibu tunggal. Show all posts

Monday, April 21, 2014

Pelan Tindakan Kebangsaan Bagi Memperkasakan Ibu Tunggal

Pelan Tindakan Kebangsaan Bagi Memperkasakan Ibu Tunggal

Pada tahun 2010, JPW dengan kerjasama UNDP telah menyediakan Pelan Tindakan Kebangsaan bagi Memperkasakan Ibu Tunggal.
  • Tiga aktiviti utama dalam penyediaan Pelan Tindakan Kebangsaan bagi Memperkasakan Ibu Tunggal adalah seperti berikut:
  1. Mengenalpasti profil sosio-ekonomi ibu-ibu tunggal di Malaysia;
  2. Mengkaji keberkesanan bantuan dan program-program yang disediakan untuk ibu tunggal; dan
  3. Mengemukakan cadangan penambahbaikan bagi membantu dan memperkasakan ibu-ibu tunggal di Malaysia.
  • Bagi tujuan mendapatkan profil sosio ekonomi ibu tunggal, pihak penyelidik membuat tinjauan terhadpa lebih 2,700 orang responden yang terdiri daripada ibu-ibu tunggal.
  • Berdasarkan tinjauan yang dibuat, peunca menjadi ibu tunggal adalah seperti berikut:
    • 49% - kematian suami
    • 40% - penceraian
    • 8% - berpisah
    • 3% - lain-lain faktor



    Sumber dari : http://www.mywanita.gov.my/member/singlemother/index/

Monday, September 17, 2012

Cadangan Untuk Kuat-Kuasakan Undang-undang Syariah


Kalau nama-nama peminjam PTPTN/ MARA yang tidak membayar pinjaman boleh dipaparkan di media, kenapa nama-nama pesalah-pesalah undang-undang syariah yang tidak membayar nafkah anak-anak, nafkah mutaah dan seangkatannya tidak boleh diumumkan di media? Jika undang-undang dikuatkuasakan kepada pesalah syariah sebegini boleh dikuatkuasakan, maka akan berkuranglah pesalah-pesalah undang-undang syariah dan akan terbelalah nasib anak-anak ibu-ibu tunggal. Mungkin idea saya ini terlalu drastik. Secara logiknya ramai ibu-ibu tunggal yang merana yang memerlukan pembelaan.

Thursday, July 26, 2012

Sindiket Tipu Janda Sunyi


Petikan Akhbar Kosmo mengenai sindiket menipu janda sunyi

Friday, July 20, 2012

Dialog Rasulullah SAW Dengan Iblis

20 orang yg dibenci IBLIS

Pada suatu hari,Rasulullah SAW bertemu dengan iblis lalu baginda bertanya kepadanya, "Siapakah orang yang paling engkau benci?"

Jawab iblis, "Aku benci kepada 20 jenis umatmu".
1.Engkau sendiri wahai Muhammad
2.Orang yang beramal dengan ilmu
3.Orang yang mengamalkan isi ajaran al-Quran
4.Orang yang melaungkan azan untuk solat fardu
5.Orang yang mengasihi org miskin dan anak yatim .
6.Orang yang penyayang
7.Orang yang tunduk pada kebenaran .
8.Orang muda yang taat kepada Allah SWT
9.Orang yang menjaga makanannya(makanan halal)
10.Orang muda yang saling berkasih sayang kerana Allah SWT
11.Orang yang solat berjemaah
12.Orang yang solat Tahajjud
13.Orang yang menjaga dirinya daripada perkara haram
14.Orang yang menasihati saudaranya dengan ikhlas
15.Orang yang sentiasa mengekalkan wudhuknya
16.Orang yang murah hati
17.Orang yang berakhlak mulia
18.Orang yang yakin dengan jaminan rezeki daripada Allah SWT
19.Orang yang berbuat baik terhadap janda(menjaga kebajikan mereka)
20.Orang yang bersedia untuk mati

Sunday, June 24, 2012

Program Ibu Tunggal - Menggunting Rambut


































Pada tahun lalu, kami telah membuat program menggunting rambut warga emas secara percuma dengan penajaan badan kerajaan Negeri Selangor. Pada tahun ini, kami dengan sukacitanya ingin menawarkan khidmat yang sama kepada warga emas, ibu tunggal dan kanak-kanak. Jika anda sudi menjemput kami (ibu-ibu tunggal yang berkebolehan menggunting rambut) ke tempat anda, kami amat berbesar hati. Jika sudi, hubungi kami di 017-20 94 924. 
Terima kasih di atas sokongan anda semua.

Tuesday, June 19, 2012

Program Mari Membaca 1Malaysia:Jauh Perjalanan Luas Pengetahuan Siri 1/2012


PROGRAM MARI MEMBACA 1MALAYSIA

“JAUH PERJALANAN LUAS PENGETAHUAN“ SIRI 1/2012

Kementerian Penerangan Komunkasi dan Kebudayaan melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah mengadakan Program Mari Membaca 1Malaysia: “Jauh Perjalanan Luas Pengetahuan” Siri 1/2012 bermula di Stesen Sentral Kuala Lumpur ke Stesen Sentral Johor Bahru pada 4 Jun 2012 (Isnin). Program ini telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dennis D’Cruz, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
Objektif program ini adalah:

  • Untuk menjalin persepakatan pintar di antara PNM dan KTMB serta beberapa penerbit terkemuka di dalam menggalakkan budaya membaca di kalangan penumpang keretapi.
  • Untuk menanamkan budaya membaca walau dimana berada kepada pengguna keretapi disamping memenuhi masa yang terluang.
  • Untuk memberi peluang kepada pengguna keretapi mendapatkan pengetahuan melalui bahan bacaan yang disediakan.
  • Untuk meningkatkan kesedaran kepada pengguna keretapi mengenai kepentingan ilmu pengetahuan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (Life Long Learning).
Antara aktiviti yang telah diadakan sepanjang program ini adalah:

  • Sumbangan bahan bacaan
  • Menyediakan bahan bacaan di sudut bacaan
  • Sesi Bercerita
  • Sesi Mewarna
  • Sesi Kraftangan
  • Sesi Silap Mata dan Badut
  • Bengkel Penulisan Puisi
  • Nyanyian Lagu-Lagu Rakyat
  • Pelancaran Bank Buku

Taklimat Untuk Ibu Tunggal Di Pusat Dagangan Dunia Putra

Kepada wanita-wanita, yang bergelar ibu tunggal, dimohon sudi hadirkan diri di majlis taklimat ini.

Majlis Taklimat DBKL, SPNB, Yayasan Kebajikan Negara dan Baitulmal akan diadakan pada:-
Tarikh : 22 Jun 2012 (Jumaat)
Masa : 10 pagi
Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Aras 3, Dewan Sri Endon, Kuala Lumpur


 Mohon inbox nama, no kad pengenalan dan no. tel segera di ibutunggalwawasan@gmail.com.