Showing posts with label Kementerian Pembangunan Wanita. Show all posts
Showing posts with label Kementerian Pembangunan Wanita. Show all posts

Wednesday, May 7, 2014

SAMBUTAN HARI IBU PERINGKAT KEBANGSAAN 2014




SAMBUTAN HARI IBU PERINGKAT KEBANGSAAN 2014



Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Suria KLCC. Sambutan ini akan dirasmikan oleh YB Dato' Sri Rohani Abdul Karim, Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, pada 10 Mei 2014.

Tema tahun ini ialah "Ibu di Hati, Syurga Menanti."

Di antara aktiviti menarik ialah Kitchen Section, Fun Time With Mom, Selfie Anak Bersama Ibu Beserta Ucapan, Ros Untuk Ibu dan Terapi Minda.

Jom kita beramai-ramai ke sana!




Monday, April 21, 2014

Pelan Tindakan Kebangsaan Bagi Memperkasakan Ibu Tunggal

Pelan Tindakan Kebangsaan Bagi Memperkasakan Ibu Tunggal

Pada tahun 2010, JPW dengan kerjasama UNDP telah menyediakan Pelan Tindakan Kebangsaan bagi Memperkasakan Ibu Tunggal.
  • Tiga aktiviti utama dalam penyediaan Pelan Tindakan Kebangsaan bagi Memperkasakan Ibu Tunggal adalah seperti berikut:
  1. Mengenalpasti profil sosio-ekonomi ibu-ibu tunggal di Malaysia;
  2. Mengkaji keberkesanan bantuan dan program-program yang disediakan untuk ibu tunggal; dan
  3. Mengemukakan cadangan penambahbaikan bagi membantu dan memperkasakan ibu-ibu tunggal di Malaysia.
  • Bagi tujuan mendapatkan profil sosio ekonomi ibu tunggal, pihak penyelidik membuat tinjauan terhadpa lebih 2,700 orang responden yang terdiri daripada ibu-ibu tunggal.
  • Berdasarkan tinjauan yang dibuat, peunca menjadi ibu tunggal adalah seperti berikut:
    • 49% - kematian suami
    • 40% - penceraian
    • 8% - berpisah
    • 3% - lain-lain faktor



    Sumber dari : http://www.mywanita.gov.my/member/singlemother/index/