Hasil dari pemerhatian saya, saya mendapati ramai ibu tunggal
bersikap agresif dan terlalu berterus terang. Antara kata-kata yang
sering menggambarkan betapa agresif dan berterus terangnya ibu tunggal
ini adalah seperti di bawah:-
"Saya mempunyai
4 orang anak dan 2 pekerjaan sebab bapa mereka tidak berguna. Jadi,
jika ada lelaki yang berminat dengan saya, mereka perlu ada wang dan
perlu mampu menyara kami. Jika tidak, janganlah buang masa dengan saya."
Kata-kata di atas boleh digantikan dengan lebih berhemah lagi seperti di bawah pula :-
"Bagi saya, menjadi seorang ibu yang baik adalah penting. Jadi, sebagai
ibu yang baik, sudah tentu saya perlu pastikan bahawa anak-anak saya
mendapat seorang bapa yang baik juga. Saya boleh berdikari tetapi saya
sedar lebih baik lagi sekiranya ada lelaki yang boleh menjadi role
model'/ father's figure di dalam keluarga kami."
Fikirkan
kata-kata di atas. Sebagai ibu tunggal, kita perlu letakkan standard'
yang bagaimana kita perlukan di dalam kehidupan kita. Ada kala, lelaki
perlu diingatkan selalu apakah tanggungjawab mereka di dalam sesuatu
perhubungan terutama sekali perhubungan dengan Allah.
-norasikin ma'akim
Thursday, April 3, 2014
Ibu Tunggal Agresif?
Thursday, April 03, 2014
father's figure, ibu berdikari, ibu tunggal agresif?, norasikin ma'akim, perhubungan dengan Allah, role model
0 comments
0 comments:
Post a Comment