PROGRAM MARI MEMBACA 1MALAYSIA
“JAUH PERJALANAN LUAS PENGETAHUAN“ SIRI 1/2012
“JAUH PERJALANAN LUAS PENGETAHUAN“ SIRI 1/2012
Kementerian Penerangan Komunkasi dan Kebudayaan melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah mengadakan Program Mari Membaca 1Malaysia: “Jauh Perjalanan Luas Pengetahuan” Siri 1/2012 bermula di Stesen Sentral Kuala Lumpur ke Stesen Sentral Johor Bahru pada 4 Jun 2012 (Isnin). Program ini telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dennis D’Cruz, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
Objektif program ini adalah:
- Untuk menjalin persepakatan pintar di antara PNM dan KTMB serta beberapa penerbit terkemuka di dalam menggalakkan budaya membaca di kalangan penumpang keretapi.
- Untuk menanamkan budaya membaca walau dimana berada kepada pengguna keretapi disamping memenuhi masa yang terluang.
- Untuk memberi peluang kepada pengguna keretapi mendapatkan pengetahuan melalui bahan bacaan yang disediakan.
- Untuk meningkatkan kesedaran kepada pengguna keretapi mengenai kepentingan ilmu pengetahuan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (Life Long Learning).
Antara aktiviti yang telah diadakan sepanjang program ini adalah:
- Sumbangan bahan bacaan
- Menyediakan bahan bacaan di sudut bacaan
- Sesi Bercerita
- Sesi Mewarna
- Sesi Kraftangan
- Sesi Silap Mata dan Badut
- Bengkel Penulisan Puisi
- Nyanyian Lagu-Lagu Rakyat
- Pelancaran Bank Buku
0 comments:
Post a Comment