Thursday, June 28, 2012

PROGRAM 3RD UNIVERSITY SCHOLARS LEADERSHIP SYMPOSIUM 2012 (3RD USLS2012) Bali, Indonesia | 1-7 Ogos 2012

INFORMASI TERKINI BUAT BELIA MALAYSIA BERUMUR 16-25 TAHUN - KHUSUS BAGI YANG MASIH BERSEKOLAH/IPTA/IPTS/ILKA/​ILKS/IPG/CIAST] PROGRAM 3RD UNIVERSITY SCHOLARS LEADERSHIP SYMPOSIUM 2012 (3RD USLS2012) Bali, Indonesia | 1-7 Ogos 2012 Link 1: https://www.facebook.com/​UniScholars Link 2: http://​universityscholars.org.uk/ Sebuah program himpunan 600 orang pemimpin pelajar dari lebih 50 buah universiti terbaik seluruh dunia. Mewujudkan rangkaian persahabatan, diskusi mengenai kemanusiaan, kesukarelaan, kepimpinan, ad-hoc projek kemanusiaan, bicara...

Tuesday, June 26, 2012

Kisah Ibu Tunggal

KISAH IBU TUNGGAL 1. Malam tadi, anda semua makan malam apa, ye? Mesti lauk menyelerakan. Di ketika anda semua sedang makan malam, ibu tunggal beranak 8 (anak berusia 16 tahun - 3 tahun) ini juga telah makan malam. Lauknya sup telur dan nasi. 2. Di ketika kita bakal menyambut bulan Ramadan, ada ibu tunggal telah mendapat notis untuk keluar seminggu dari rumah. Rumah kena lelong. Rumah pula adalah tempat berlindung bersama ibubapanya. Bapa kini pula terlantar di hospital, menghidap penyakit dan ketika rumah dilelong, bapanya terus hilang ingatan....

Pusat Rahmat DBKL akan mengadakan Program Motivasi Mentor-Mentee khusus untuk ahli-ahli yg telah berdaftar di bawah e-kasih.. Program tersebut akan diadakan pada 29-30 Jun 2012 di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang, Sepang.. Jika berminat, Sila Hubungi En.Shahrol Di Talian 03-26176351/03-261763...

Sunday, June 24, 2012

SKIM KHAS BANTUAN SEWA RUMAH PPR DBKL

Jika anda adalah tergolong di dalam kategori miskin tegar, miskin dan mudah miskin, sudahkah anda berdaftar dengan e-kasih yang diseliakan oleh ICU, Jabatan Perdana Menteri di bawah kategori miskin tegar, miskin dan mudah miskin?. 3 Jun 2012 - Pihak kerajaan bersetuju mewujudkan satu dana khas untuk membantu golongan miskin yang tidak mampu membayar sewa rumah dan mempunyai tunggakan yang tinggi dengan menggunakan 10 peratus daripada hasil...

Program Ibu Tunggal - Menggunting Rambut

Pada tahun lalu, kami telah membuat program menggunting rambut warga emas secara percuma dengan penajaan badan kerajaan Negeri Selangor. Pada tahun ini, kami dengan sukacitanya ingin menawarkan khidmat yang sama kepada warga emas, ibu tunggal dan kanak-kanak. Jika anda sudi menjemput kami (ibu-ibu tunggal yang berkebolehan menggunting rambut) ke tempat anda, kami amat berbesar hati. Jika sudi, hubungi kami di 017-20 94 924.  Terima...

Friday, June 22, 2012

Nasihat Kepada Penaja/ Penganjur Program Ibu-Ibu Tunggal

Jika anda sebagai penaja/ penganjur program untuk ibu-ibu tunggal, menawarkan saya sebuah kursus di mana para peserta mesti belajar sepenuh masa dan mereka akan mendapat elaun sebanyak RM200.00 sebulan, adakah saya akan menerima tawaran itu untuk ibu-ibu tunggal? Tentunya jawapannya tidak. Bayangkan apakah yang akan ibu tunggal sekeluarga ini menyara hidup dengan elaun sebanyak RM200.00.? Melainkan jika pihak penaja sanggup berurusan dengan pihak pusat zakat dan mengatakan bahawa ibu tunggal ini memerlukan bantuan selama belajar kursus tersebut....

MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR -PROGRAM MIKROKREDIT MISKIN BANDAR (MIMBAR)

MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR -PROGRAM MIKROKREDIT MISKIN BANDAR (MIMBAR)Syarat Pinjaman:-1. Pendapatan seisi rumah kurang dari: RM1,500 tanpa anak,RM2,500 berkahwin anak kurang daripada 4 orangRM3,000 berkahwin, anak lebih daripada 3 orang2. Warga Malaysia berusia 21 - 60 tahun.3. Warga Selangor / bermastautin lebih daripada 10 tahun (perlu pengesahan) 4. Memiliki aset tidak lebih daripada RM50,000 dalam segala bentuk5. Menetap, berniaga dan bekerja di bandar-bandar Negeri Selangor6. Mestilah sudah mula berniaga kecil-kecilan dan memerlukan dana...

Tuesday, June 19, 2012

Program Mari Membaca 1Malaysia:Jauh Perjalanan Luas Pengetahuan Siri 1/2012

PROGRAM MARI MEMBACA 1MALAYSIA “JAUH PERJALANAN LUAS PENGETAHUAN“ SIRI 1/2012 Kementerian Penerangan Komunkasi dan Kebudayaan melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah mengadakan Program Mari Membaca 1Malaysia: “Jauh Perjalanan Luas Pengetahuan” Siri 1/2012 bermula di Stesen Sentral Kuala Lumpur ke Stesen Sentral Johor Bahru pada 4 Jun 2012 (Isnin). Program ini telah disempurnakan...

Taklimat Untuk Ibu Tunggal Di Pusat Dagangan Dunia Putra

Kepada wanita-wanita, yang bergelar ibu tunggal, dimohon sudi hadirkan diri di majlis taklimat ini. Majlis Taklimat DBKL, SPNB, Yayasan Kebajikan Negara dan Baitulmal akan diadakan pada:-Tarikh : 22 Jun 2012 (Jumaat)Masa : 10 pagiTempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Aras 3, Dewan Sri Endon, Kuala Lumpur  Mohon inbox nama, no kad pengenalan dan no. tel segera di ibutunggalwawasan@gmail.c...

Thursday, June 14, 2012

Kelas Seni Tembikar Seramik Percuma Pada 16 Jun 2012

TERBUKA KEPADA IBU-IBU TUNGGAL YANG BERMINAT MEMPELAJARI SENI TEMBIKAR SERAMIK - KELAS PERCUMA BERMULA SABTU INI (16 JUN 2012) DI ULU KELANG.Tawaran ini dibuka kepada ibu-ibu tunggal atau ibu yang telah digantung tiada tali atau hanger' yang tinggal di sekitar kawasan Ampang, Ulu Kelang, Setapak dan di persekitarannya. Saya memerlukan 5 orang lagi. Jika anda berminat dan berjaya di dalam temuduga yang dijalankan oleh penaja, anda akan ditawarkan kursus percuma ini selama 2 bulan, pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Di dalam kursus ini, anda akan belajar...

Monday, June 11, 2012

Penaja Program Kanak-Kanak

Saya jarang mencari penaja untuk program-program saya. Mereka adalah nama yang gah, mampu menguasai semua agenda. Kali ini saya demand sehabis baik dengan penaja program kanak-kanak yang menghubungi saya. Jika permintaan saya tidak dituruti, dengan ikhlas hati saya undur diri. Kanak-kanak bukanlah barang permainan. Mereka punya hati dan perasaan. Sinar mata mereka mampu membuat kita menangis. Gambar Ihsan Goog...

Diantara Kasih Sayang Lelaki dan Ahli Keluarga Kita

Kasih sayang seorang lelaki boleh bertukar ganti, tetapi kasih sayang darah daging sendiri adalah tiada galang ganti. Andai wanita ingin berkahwin atau berkahwin semula, pastikan bakal suami adalah berfikiran terbuka. Mereka boleh menerima ibu dan anak-anak kita (sekiranya ada). Syurga di bawah tapak kaki ibu. Anak-anak pula, bila hati terguris, parutnya lambat sembuh. Tinggalkan lelaki yang memaksa kita putus kasih dengan darah daging kita. ...