Showing posts with label ibu-ibu tunggal. Show all posts
Showing posts with label ibu-ibu tunggal. Show all posts

Wednesday, September 5, 2012

September 2012 - Weekend Programme For Single Mothers

SEPTEMBER 2012 - WEEKEND PROGRAMME FOR SINGLE MOTHERS!

1. FREE CLASS - every Tues and Thurs - intro to water confidence (pool experience) - exclusively for those who have registered for intro scuba dive (pool) - fully booked!

2. RM150/class/person - -intro to scuba dive (pool) - min 10 paxs - fully booked! Start on 5 September 2012.

3. RM50/person - Career Planning for job hunters. Min 30 paxs, three hours - Registration still open!

4. Basic Make Up, Grooming and Hijab Styling - Min 30 paxs. Registration still open! 8 September 2012 @9 am- 4.00 pm

Thursday, July 5, 2012

Belajar Business Online Percuma

Belajar Business Online PERCUMA. Program ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Selangor dan terbuka kepada ibu-ibu tunggal yang berada di Negeri Selangor Sahaja. Di dalam Business Online ini, kita akan belajar membuat laman web percuma jua. Geran yang menarik, sebuah laptop dan broadband akan diberikan percuma.

Temuduga untuk program ini akan diadakan pada 14 Julai 2012 di Galaxy Ampang, pada jam 11 pagi hingga 3 petang. Jika berminat hubungi Puan Azizah Muni, untuk mendapatkan borang. Tempat adalah terhad.

Seminar Percuma Untuk Pelajar Tingkatan 4 dan 5 (Bakal Menduduki SPM)

KHAS UNTUK PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 DAN 5, BAKAL MENDUDUKI SPM BERSAMA IBUBAPA YANG TINGGAL DI KAWASAN KUALA LUMPUR SAHAJA

Seminar untuk para pelajar bersama ibubapa akan diadakan pada 13, 14, 15 Julai 2012, bertempat di MITC, Ayer Keroh, Melaka. Segalanya adalah percuma. Sila ambil borang di Yayasan Wilayah Persekutuan, Tingkat 5, Bangunan PKNS, Jalan Raja Laut, KL. Untuk pengetahuan anda, sebahagian pelajar dan ibubapa yang telah mendaftar adalah dari kawasan Sentul (salah satu persatuan tempat saya memegang jawatan). Sekian, terima kasih.

Friday, June 22, 2012

Nasihat Kepada Penaja/ Penganjur Program Ibu-Ibu Tunggal

Jika anda sebagai penaja/ penganjur program untuk ibu-ibu tunggal, menawarkan saya sebuah kursus di mana para peserta mesti belajar sepenuh masa dan mereka akan mendapat elaun sebanyak RM200.00 sebulan, adakah saya akan menerima tawaran itu untuk ibu-ibu tunggal? Tentunya jawapannya tidak. Bayangkan apakah yang akan ibu tunggal sekeluarga ini menyara hidup dengan elaun sebanyak RM200.00.? Melainkan jika pihak penaja sanggup berurusan dengan pihak pusat zakat dan mengatakan bahawa ibu tunggal ini memerlukan bantuan selama belajar kursus tersebut. Wahai pihak penaja, sila fikirkan kos sewa rumah, kos makan minum anak beranak mereka dan cost of living' di bandar besar ini.