Tuesday, October 23, 2012

Puasa Hari Arafah


Hari Khamis 25/10/2012 bersamaan 9 Zulhijjah 1433 ialah Hari Arafah.

Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah, Maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya: Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi.



Berikut adalah cara berniat puasa sunat hari Arafah 9 Zulhijjah.
"Sahaja aku berpuasa sunat Arafah esok hari kerana Allah Taala"

Antara kelebihan dan fadhilat puasa sunat Arafah pula ialah:

Sabda Rasullullah S.A.W lagi: “Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :-

1. Orang-orang yang mati syahid
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah. ”

0 comments:

Post a Comment