Sunday, July 22, 2012
HADIS TENTANG IBU TUNGGAL (JANDA)
Sunday, July 22, 2012
Hadis Rasulullah, Hadis tentang ibu tunggal, hadis tentang janda, orang miskin, Persatuan Ibu Tunggal, Persatuan Wawasan Ibu Tunggal dan Anak Yatim
0 comments
Hadis Rasulullah SAW:
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi SAW telah bersabda: "Orang yang berusaha untuk membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti."
Friday, July 20, 2012
Dialog Rasulullah SAW Dengan Iblis
Friday, July 20, 2012
ibu tunggal, orang miskin dan anak yatim, Orang yang berbuat baik terhadap janda, Persatuan Ibu Tunggal, Persatuan Ibu Tunggal di Kuala Lumpur, Persatuan Wawasan Ibu Tunggal dan Anak Yatim
0 comments
20 orang yg dibenci IBLIS
Pada suatu hari,Rasulullah SAW bertemu dengan iblis lalu baginda bertanya kepadanya, "Siapakah orang yang paling engkau benci?"
Jawab iblis, "Aku benci kepada 20 jenis umatmu".
1.Engkau sendiri wahai Muhammad
2.Orang yang beramal dengan ilmu
3.Orang yang mengamalkan isi ajaran al-Quran
4.Orang yang melaungkan azan untuk solat fardu
5.Orang yang mengasihi org miskin dan anak yatim .
6.Orang yang penyayang
7.Orang yang tunduk pada kebenaran .
8.Orang muda yang taat kepada Allah SWT
9.Orang yang menjaga makanannya(makanan halal)
10.Orang muda yang saling berkasih sayang kerana Allah SWT
11.Orang yang solat berjemaah
12.Orang yang solat Tahajjud
13.Orang yang menjaga dirinya daripada perkara haram
14.Orang yang menasihati saudaranya dengan ikhlas
15.Orang yang sentiasa mengekalkan wudhuknya
16.Orang yang murah hati
17.Orang yang berakhlak mulia
18.Orang yang yakin dengan jaminan rezeki daripada Allah SWT
19.Orang yang berbuat baik terhadap janda(menjaga kebajikan mereka)
20.Orang yang bersedia untuk mati

Thursday, July 19, 2012
Ramadhan is Upon Us
The Month of Ramadan is upon us. And as today, Shaaban, preceding it comes to a close, Muslims are expected to redouble effort in their service to Almighty Allah through prayers, supererogatory (nafilat) prayers and fasting for in it is assurance of a change of destiny for the faithful. Therefore, this is a special time that demands from the Muslim Ummah a reflection on the many blessings Allah (SWT) has bestowed upon us.
Ramadan focuses our sincerity to Allah for it is centered around the one act of worship that is impossible to “show off” with before other human beings, for at the end of the day, God alone knows if we are truly fasting. Ramadan, if we allow it to do so, focuses our spiritual energies by reintroducing the great blessing of the Holy Qur’an into our lives. Finally, Ramadan focuses our attention on the centrality of charity in our lives, by encouraging us to greater levels and acts of charity during this time, a time when our beloved Prophet, peace and blessings of God upon him, the most generous of all people, was excessively generous.
Our Prophet, Muhammad, peace upon him, after being blessed with so much by God, was instructed to share those blessings by proclaiming them to others. We read in the Holy Qur’an, As for the blessings of your Lord; proclaim them! (93:11).
This year Ramadan will occur during the height of negative attention focused on Islam and Muslims. In light of this sad reality, many Muslims are inclined to take measures that remove themselves or their religion from the spotlight. This is a mistake.
Although the negative attention is a reality, it does not hide the fact that many people are crying out for Islam. As Muslims, we have been blessed with the fruits of Ramadan, some of which we have mentioned above. We should not hesitate to work to share those fruits with others. The inner-peace, serenity, clarity of vision, and focus a conscious Muslim experiences in his or her life, all of which are highlighted during Ramadan, are a great blessing we should be hastening to share with others. Now is the time for us to proclaim the blessings Allah has bestowed upon us.
Let us translate the heightened focus on Allah (SWT), and our appreciation for His blessings into heightened levels of servitude to Him and to our fellow human beings. If we can do that as an entire community, with ample conviction, Allah (SWT) will continue to shower His blessings upon us and He will bless us to be secure in our lives and property. Such blessings are commensurate with the best community raised up for humanity (3:110). However, for the manifestation of those blessings to be real, our service to Allah (SWT) and to our fellow humans have to be real. So let us proceed through the blessed month with consciousness, willing devotion, and sincerity. Let us also proclaim to all and sundry the blessings Allah (SWT) has bestowed upon us. By doing so we will express our appreciation to our Lord, and work to perpetuate the many blessings He has bestowed upon us.
Ramadhan Al-Mubarak.
Monday, July 16, 2012
Adab-adab Berpuasa
SEPULUH ADAB-ADAB BERPUASA DAN SOLAT TARAWIH
Disaring dari kitab ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’
karangan : al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad (1132H)
Berikut adalah peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah puasa. Antara yang terpenting :-
i. Menjaga lidahnya dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kaitan dengannya,
ii. Memelihara mata dan telinga dari melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia,
iii. Mengawal perutnya dari merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menyediakan pemakanan yang halal lagi bersih,
Para ulamak pada zaman silam pernah berpesan : “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri dari terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal.
iv. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan dari mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Junjungan saw : “Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran dari puasanya melainkan lapar dan dahaga!” [an-Nasaei]
Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam samada mereka sedang berpuasa atau tidak, apatah lagi bagi yang berpuasa ianya lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasullah saw : “Puasa itu adalah ‘ perisai’, sekiranya seseorang dari kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakana kepada orang itu : “Saya sedang berpuasa”. [al-Bukhariy dan Muslim]
v. Janganlah membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada keduanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang, hatinya ceria, itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai.
vi. Jauhikan diri dari mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja di bulan puasa dan bulan-bulan yang lain.
Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal mereka ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan Iblis dan rayuannya yang bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, ni’mat limpahan ketenangan dari Allah swt, kekusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepadaNya.
Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas melakukan ketaatan kepada Allah swt.
Sabdanya : “Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantung perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya” (Ahmad dan at-Tarmizi).
As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat di bulan Ramadhan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa.
vii. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadhan ini bahkan mengambil kesempatan yang ada bagi beribadat kepada Allah dan mengingatiNya sebaik mungkin. Justeru itu dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tangungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhiratnya.
viii. Mempraktikkan amalan sunnah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ianya tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.
Nabi SAW berbuka puasa dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib.
Sabdanya : “Umatku sentiasa berada di dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur”. (Ahmad, Al-Bukhari dan Muslim).
ix. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda Baginda SAW : “Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa)”. (al-Baihaqi dan ibnu Khuzaimah).
x. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat Tarawih, witir dan sebagainya.
Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat Tarawihnya sepertimana amalan kebiasaan sebahagian besar mereka di masjid dan surau. Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadah solat Tarawih mereka kerana meninggalkan ‘wajib-wajib’ solat tersebut seperti ; meninggalkan tomakninah semasa ruku’ dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga meninggalkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan Tarawih seperti itu menjadi tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.
Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya di dalam mengerjakan solat Tarawih itu sehinggalah selesai samada sebanyak 20 rakaat atau pun 10 rakaat. Sabdanya nabi SAW : “Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala qiyam semalaman” (an-Nasaei).

Hadis Rasulullah
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Segeralah beramal sebelum datang tujuh perkara; apakah kalian akan menanti sampai datang kemiskinan yang melupakan, atau kaya yang membuat sombong, atau sakit yang merosak kehidupan, atau tua yang melemahkan kekuatan, atau kematian yang menyegerakan, atau datangnya dajjal, makhluk ghaib yang paling buruk dinanti, atau datangnya hari kiamat, hari yang sangat dahsyat dan mengerikan?” (Hadis Riwayat Tirmizi)
Berdasarkan hadis di atas Nabi SAW meminta agar semua umatnya beramal soleh sebelum datang tujuh perkara. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :
1. Datang kemiskinan yang melupakan.
2. Kaya yang membuat sombong.
3. Sakit yang merosakkan kehidupan
4. Tua yang melemahkan kekuatan.
5. Kematian yang menyegerakan.
6.Datangnya dajjal, makhluk ghaib yang paling buruk dinanti.
7. Datangnya hari kiamat, hari yang sangat dahsyat dan mengerikan
KES HADANAH DI MAHKAMAH SYARIAH
Monday, July 16, 2012
Kes hadanah, Kes Hadanah di Mahkamah Syariah, tuntutan nafkah anak-anak
0 comments
INI ADALAH CETUSAN RASA SEORANG WANITA YANG BARU BERNIKAH BARU DAN SEDANG MENGHADAPI TUNTUTAN HADANAH TERHADAP ANAK-ANAKNYA PADA WAKTU TERDEKAT INI. SAYA MEMOHON RAKAN-RAKAN SUDI MENDOAKAN WANITA INI. SEMOGA DOA KALIAN MEMBERI CAHAYA BARU KEPADANNYA. AMIN
"Saya akan menghadiri majlis sulh untuk kes hadhanah beberapa hari lagi. Sejak 2010 saya jaga anak-anak, baru sekarang nak make things black n white after my ex ugut nk amik anak-anak setelah saya mendirikan rumahtangga semula. Perasaan saya... tidak boleh digambarkan.. takut! Gementar! Fobia tu masih ada.. untuk berhadapan dengan lelaki itu. Bila teringat.. saya akan menangis. Sangat trauma dengan perbuatan bekas suami. Doakan agar saya kuat di dalam menghadapi lelaki itu.. Suami sekarang tahu keadaan saya dan banyak memberi saya semangat. Alhamdulillah.. Tapi, majlis Sulh itu nanti, saya terpaksa menghadapinya di dalam bilik itu seorang diri... suami dan peguam tidak dibenarkan berada di dalam bilik.. menyebabkan rasa takut tu sangat2 menghantui.. Doakan saya ya.puan."
DOA DARI NABI IBRAHIM A.S
DOA DARI NABI IBRAHIM A.S
"Wahai Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh. Dan jadikanlah aku bahan percakapan yang baik bagi orang-orang yang datang kemudian. Dan jadikanlah aku di kalangan orang-orang yang mempusakai syurga yang penuh kenikmatan". (Surah asy-Syu'ara ayat 83-85)
Saturday, July 7, 2012
Doa Pembuka Rezeki
Saturday, July 07, 2012
Doa pembuka 12 pintu, doa pembuka rezeki, Doa Rezeki, PITA WE CARE
0 comments
Friday, July 6, 2012
Definisi Ibu Tunggal oleh UNDP
Friday, July 06, 2012
Definisi Ibu Tunggal, Definisi Ibu Tunggal oleh UNDP, Persatuan Ibu Tunggal, PITA WE CARE, wanita yang bercerai
0 comments
Definisi Ibu Tunggal oleh UNDP:
Wanita yang bercerai atau menjadi balu.
Wanita yang berkahwin secara sah mengikut undang-undang
tetapi duduk berasingan dengan suami dan mencari pendapatan serta
menjadi ketua keluarga.
Wanita yang tidak berkahwin tetapi mempunyai anak.
Wanita yang mendapatkan hak penjagaan ke atas anak orang lain.
Thursday, July 5, 2012
Kelas Membuat Roti dan Pemprosesan Mee Percuma
Thursday, July 05, 2012
Kelas Membuat Roti dan Pemprosesan Mee Percuma, Persatuan Ibu Tunggal, Persatuan Ibu Tunggal di Kuala Lumpur, program ibu-ibu tunggal. PITA-WE CARE
0 comments
BUAT WANITA YANG TINGGAL DI KAWASAN SENTUL, KUALA LUMPUR
Pada 16 Julai (Isnin), jam 2 petang, kelas membuat roti dan pemprosesan mee akan dijalankan di Flat Sri Kelantan. Kelas ini adalah di bawah sebuah persatuan kebajikan di Sentul. Kelas ini adalah percuma untuk ahli-ahlinya. Jika anda ingin menjadi ahli, mohon berhubung dengan kami segera.
Belajar Business Online Percuma
Thursday, July 05, 2012
Belajar Business Online Percuma, Geran Percuma, ibu-ibu tunggal, Kerajaan Negeri Selangor, Persatuan Wawaan Ibu Tunggal dan Anak Yatim
0 comments
Belajar Business Online PERCUMA. Program ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Selangor dan terbuka kepada ibu-ibu tunggal yang berada di Negeri Selangor Sahaja. Di dalam Business Online ini, kita akan belajar membuat laman web percuma jua. Geran yang menarik, sebuah laptop dan broadband akan diberikan percuma.
Temuduga untuk program ini akan diadakan pada 14 Julai 2012 di Galaxy Ampang, pada jam 11 pagi hingga 3 petang. Jika berminat hubungi Puan Azizah Muni, untuk mendapatkan borang. Tempat adalah terhad.
Temuduga untuk program ini akan diadakan pada 14 Julai 2012 di Galaxy Ampang, pada jam 11 pagi hingga 3 petang. Jika berminat hubungi Puan Azizah Muni, untuk mendapatkan borang. Tempat adalah terhad.
Seminar Percuma Untuk Pelajar Tingkatan 4 dan 5 (Bakal Menduduki SPM)
Thursday, July 05, 2012
ibu-ibu tunggal, Seminar Percuma Untuk Pelajar-pelajar, warga Kuala Lumpur, Yayasan Wilayah Persekutuan
0 comments
KHAS UNTUK PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 DAN 5, BAKAL MENDUDUKI SPM BERSAMA IBUBAPA YANG TINGGAL DI KAWASAN KUALA LUMPUR SAHAJA
Seminar untuk para pelajar bersama ibubapa akan diadakan pada 13, 14, 15 Julai 2012, bertempat di MITC, Ayer Keroh, Melaka. Segalanya adalah percuma. Sila ambil borang di Yayasan Wilayah Persekutuan, Tingkat 5, Bangunan PKNS, Jalan Raja Laut, KL. Untuk pengetahuan anda, sebahagian pelajar dan ibubapa yang telah mendaftar adalah dari kawasan Sentul (salah satu persatuan tempat saya memegang jawatan). Sekian, terima kasih.

Monday, July 2, 2012
Portal Wanita Jabatan Pembangunan Wanita Akan dilancarkan
Monday, July 02, 2012
Hari Wanita 2012, Persatuan Ibu Tunggal, Persatuan Wawasan Ibu Tunggal dan Anak Yatim, Portal Wanita akan dilancarkan pada September 2012, Portal Wanita Jabatan Pembangunan Wanita
0 comments
Sunday, July 1, 2012
Program Pembangunan Wanita W.P Kuala Lumpur dan Putrajaya
Sunday, July 01, 2012
Program Pembangunan Wanita W.P Kuala Lumpur dan Putrajaya, program-program wanita
0 comments
Pejabat Pembangunan Wanita W.P Kuala Lumpur & Putrajaya akan menganjurkan tiga (3) Program untuk tahun 2012 bertempat di Anjung Nur,PPWNKL. Antara program-program yang dianjurkan ialah:
1. Nama Program: Program Jejari Bestari - Kursus Pastri & Kek
Tarikh: 3 Julai 2012
Masa: 8.30am-5.30pm
Tempat: Anjung Nur, PPWNKL (PWTC)
Diterajui oleh: En.Mohamad Sabre Ibrahim
2. Nama Program: Program Imarah Anjung Nur - Kursus Bakeri
Tarikh: 4 Julai 2012
Masa: 8.30am-5.30pm
Tempat: Anjung Nur, PPWNKL (PWTC)
Diterajui oleh: Cik Nur Syuhada Abdullah
3. Nama Program: Program Imarah Anjung Nur-Kursus Asas Perakaunan Perniagaan
Tarikh: 10 Julai 2012
Masa: 8.30am-1.00pm
Tempat: Anjung Nur, PPWNKL (PWTC)
Diterajui oleh: En. Mohd Ekbal Shah Shaari
Sekiranya berminat atau sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian kami 03-26922004