Saturday, August 25, 2012

HARI RAYA


DI SEBALIK BERHARI RAYA

Kita masih berada di mood raya. Ke mana kita bawa anak-anak kita beraya? Apabila terlalu banyak open house', tuan rumah pun sibuk melayan tetamu-tetamu. Kita pun melayan selera dan beramah mesra dengan tetamu jemputannya. Jika ada kesempatan, semasa berhari raya inilah, kita boleh mendidik anak-anak kita supaya mencontohi anak-anak tuan rumah yang telah berjaya di dalam 

kehidupan mereka. 





Contoh:- Saya sendiri membawa anak-anak berhari raya ke rumah yang tiada open house'. Tuan rumahnya adalah seorang ibu tunggal beranak 8. Kesemua anaknya lulusan universiti. Sambil beraya, sambil beliau menasihati anak-anak saya. Bagi saya dan anak-anak, itu adalah hadiah hari raya dan angpow' terindah di dalam hidup mereka. Maklumlah, saya tak pernah membawa anak-anak saya berjumpa ibu mithali hebat ini. Semoga kata-kata nasihat beliau tersemat di sanubari anak-anak saya. Saya berharap rakan-rakan semua dapat menggunakan hari raya dengan lebih bermanfaat untuk anak-anak kita juga.

0 comments:

Post a Comment