Wednesday, May 7, 2014

SAMBUTAN HARI IBU PERINGKAT KEBANGSAAN 2014




SAMBUTAN HARI IBU PERINGKAT KEBANGSAAN 2014



Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Suria KLCC. Sambutan ini akan dirasmikan oleh YB Dato' Sri Rohani Abdul Karim, Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, pada 10 Mei 2014.

Tema tahun ini ialah "Ibu di Hati, Syurga Menanti."

Di antara aktiviti menarik ialah Kitchen Section, Fun Time With Mom, Selfie Anak Bersama Ibu Beserta Ucapan, Ros Untuk Ibu dan Terapi Minda.

Jom kita beramai-ramai ke sana!




Kursus Fotografi Percuma

Kepada para ibu tunggal/ wanita yang tinggal di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan yang berminat untuk menjadikan fotografi sebagai kerjaya, ambillah peluang ini. Jika setakat suka-suki', lupakan peluang ini. Saya memperkenalkan Puan Rosdiana Mohd Radzi, seorang Photographer Wanita/ Tauke Kedai Fotografi yang telah veteran mencipta nama di dalam bidang fotografi yang akan melatih ibu tunggal sendiri. Moga berjaya!

"BERITA BAIK UNTUK WANITA DAN IBU TUNGGAL

Jabatan Pembangunan Wanita mencari wanita untuk menambah pendapatan seisi rumah dengan mengikut
Kursus Fotografi dan Adobe Photoshop
selama 5 hari, setiap Sabtu dan Ahad - PERCUMA
(PROGRAM UNTUK BULAN JUN 2014)

HANYA BERIKAN NAMA, NO KAD PENGENALAN, ALAMAT, NO. CONTACT. UNTUK PENYERTAAN.
NAMA ANDA AKAN DIPANGGIL UNTUK DITEMUDUGA.

Wanita atau ibu tunggal. Berusia antara 20 hingga 40 tahun.

SILA HUBUNGI SAYA DI NOMBOR 019 3253633 / 03 2202 8031 - PUAN ROS"