Thursday, February 28, 2013

My Mother Is A Supermum


M-O-T-H-E-R
"M" is for the million things she gave me,
"O" means only that she's growing old,
"T" is for the tears she shed to save me,
"H" is for her heart of purest gold;
"E" is for her eyes, with love-light shining,
"R" means right, and right she'll always be,
Put them all together, they spell "MOTHER,"
A word that means the world to me.
- Howard Johnson 

Kisah Seorang Isteri Yang Memujuk Suaminya Supaya Berpoligami

    Ini ialah kisah seorang isteri yang sayangkan suami dan seorang rakan sekerjanya. Kisah yang jarang anda dengar dan baca. Mohon sudi membaca kisah seterusnya.
  • Saya pernah menyuruh suami saya berkahwin lagi dengan seorang ibu tunggal yang mempunyai dua (2) orang anak.

    Wanita itu rakan sekerja saya. Wanita itu selalu bercerita masalahnya. Dari kisah  bermasalah dengan suami, kisah suaminya lari ikut janda, sampailah dia bercerai, dan kini hidudnya dengan anak memang sangat-sangat susah.

    Pada masa itu, umur saya ialah 27 tahun dan mempunyai dua (2) orang anak.
    Ibu tunggal ni namanya Mazlia. Saya panggil beliau dengan nama Kak Zia.Tua setahun dari saya. Beliau masih cantik dan kadang-kadang ada orang kata kami adik beradik sebab muka hampir sama...

  • Selalu Kak Zia bercerita mengenai anaknya yang demam dan dia terpaksa menghantar anaknya yang tengah demam panas naik bas pada waktu malam untuk ke hospital. Banyak kisah beliau pada saya. Saya faham beliau baru mengalami keadaan itu dan beliau memang perlukan seseorang untuk meluahkan rasa hatinya.
    Dek selalu saya mendengar kisahnya, hati saya makin lama makin tak tertahan dengar. Saya rasa saya perlu buat sesuatu untuknya.



  • Dalam ralit-ralit beliau bercerita, saya pun mencelah, "kak, kahwin dengan Azhar nak?"
    Dia jawab, "ko gila ke Reen?" sambil senyum..tetapi dengan nada suara dia memang betul-betul terkejut.


  • Saya cakap, "takpe kak...sekurang-kurangnya kalau anak-anak akak demam, mereka ada ayah tolong jagakan. Akak pun ada tempat bergantung. Tetapi akak jangan la duduk jauh sangat...pindah la di kawasan kuarters yang dekat".. Masa itu kami bekerja di bahagian selatan tanahair. Dia benar-benar menolak, saya pula betul-betul memujuk. Bila balik ke rumah, saya suarakan pula pada suami tersayang. Suami saya tergelak.


Saya memang betul-betul ikhlas pada masa itu.Sebabnya saya tidak sanggup melihat beliau dan anak-anaknya terkontang kanting tanpa seorang suami dan seorang ayah. Saya tidak boleh membayangkan kalau saya berada di tempat beliau. Hampir seminggu juga adegan pujuk memujuk berlaku. Kalau Kak Zia tak layan, saya pujuk suami..
Kalau suami tak layan, saya pujuk Kak Zia balik..

  • Dan demi Allah, saya tidak tahu kenapa tiada langsung perasaan cemburu di dalam hati. .Dari seminggu membawa ke sebulan.

    Walaupun Kak Zia sudah kurang bercerita tentang kesusahannya (mungkin sebab dia tidak mahu mendengar offer dari saya lagi agaknya), kadang-kadang saya tetap tanya dia, "kak...nak tak kahwin dengan Azhar?"
    Dan jawapan beliau, "kau ni gila la Reen..."
    Kalau kedua-duanya  bersetuju, memang saya sendiri yang pergi meminang...hehehe
    Tapi memang tiada jodoh mereka...
    Sekarang saya dan keluarga  sudah berpindah ke Kuala Selangor dan Kak Zia masih lagi di selatan tanahair. 

     Andai kata suatu masa nanti ada jodoh mereka, saya tetap terima dengan hati yang terbuka..Insha Allah...

  • Saya ni bukannya baik sangat. Saya mudah baran. Saya banyak sikap negatif dari positif. Sekarang saya sedang belajar mengubah sikap saya.Walaupun kadang-kadang terlepas juga. Saya pun tidak tahu bagaimana dalam soal poligami ni, kenapa saya boleh lembut hati. Tetapi syaratnya, mestilah ibu tunggal yang benar-benar susah. Bukan ke Rasulullah sendiri memperisterikan kebanyakan ibu tunggal yang susah? Tapi buat masa sekarang ni saya terpaksa tutup soal poligami sebab suami saya tidak berkemampuan..ye la, anak sudah 5, pendapatan pun cukup-cukup. Kesian suami nanti, tanggung dosa sebab tidak boleh berlaku adil, dan kesian juga kami yang terpaksa tanggung susah. Kalau suatu hari nanti suami saya lebih dari mampu, insha Allah saya tak melarang. Tapi yang utama, mestilah ibu tunggal yg betul-betul kesusahan. Kalau suami nak pilih anak dara jugak, nak buat macam mana. Asalkan jangan mengada-ngada nak conquer' giliran sudah la. Hehehe... Kak Zia sekarang sudah berumur 42 tahun, pernah berkahwin dengan duda atas aturan kawan, tapi sayangnya salah pilih, dan bercerai lagi. Sudah lama tak dengar kisah tentang Kak Zia.. semoga dia terus kuat, dan dia serta anak-anak sentiasa dilindungi Allah Taala. Jom solat! 

Wednesday, February 27, 2013

Enhancement Session on Housewives Enhancement and Reactivate Talent Scheme (HEARTS)

Are you a housewife or single mother age between from 30-50 years old, possess tertiary education (Diploma or higher), who has stopped working to become a full time homemaker?

Are you interested to work from home and earn an income while still able to manage your household commitment and stay close to your children? If your answer is yes, we have good news for you. You are cordially invited to an event organised by Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), Ministry of Human Resources for an opportunity to unleash your potential right from home:

Enhancement Session on Housewives Enhancement and Reactivate Talent Scheme (HEARTS):- 

Date : 28 February 2013
Time: 2.30 pm – 4.30 pm
Venue : Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur


To register, please contact Ms Shurul Baidura at 03-2096 4703 or email your intention to Shurul@hrdf.com.my


p.s : copy and paste from MY HRDF's page

Sunday, February 24, 2013

1 Million Women Purple Walk

1 Million Women Purple Walk adalah merupakan acara jalan kaki yang akan diadakan serentak di seluruh negara. Program ini adalah selaras dengan Majlis Pelancaran 1Malaysia Komuniti Perwani (Perkumpulan Wanita) yang bertujuan untuk menghimpunkan semua ahli Perwani di seluruh Malaysia dan memberi penerangan kepada masyarakat mengenai peranan serta sumbangan 1Malaysia Komuniti Perwani terhadap pembangunan sosio-ekonomi negara. Acara jalan kaki ini bakal menghimpunkan sejuta wanita dan di jalankan secara serentak di seluruh negara. Ianya akan di rasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 10 Mac 2013 (Ahad) di Dataran Putrajaya. Majlis ini akan berlangsung dari jam 7 pagi hingga tengahari. Seramai 400,000 wanita akan turut serta di Dataran Putrajaya dan seramai 600,000 di seluruh negara.

KARISMA Kebajikan Rakyat 1Malaysia

 Rakyat Malaysia yang berkelayakan, bolehlah berhubung dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran dengan kawasan masing-masing.

Kategori Penerima KARISMA
KARISMA KANAK-KANAK
  • Bantuan Kewangan
  • Perkhidmatan di Institusi
  • Bantuan Komuniti
  • Kaunseling
  • Pusat Aktiviti Kanak-Kanak
  • TASKA 1 Malaysia
KARISMA WARGA EMAS
  • Bantuan Kewangan
  • Perkhidmatan di Institusi
  • Pusat Jagaan Harian
  • Ziarah dan Bantu
KARISMA KOMUNITI
  • Bantuan Kewangan
  • Pembangunan Keupayaan Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan dan Komuniti
  • Bantuan Am
  • Latihan Kemahiran I-Kit
  • Pemeriksaan Kesihatan
  • Jejak Bestari
KARISMA OKU
  • Kad Pendaftaran OKU
  • Bantuan Kewangan
  • Insentif OKU Produktif
  • Bantuan OKU Tidak Bekerja
  • Perkhidmatan di Institusi
  • Pemulihan Dalam Komuniti
  • Job Coach
  • Ziarah dan Bantu
Syarat-Syarat Kelayakan Am Bagi KARISMA
  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  • Pendapatan Keluarga tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa iaitu:
    • RM720 sebulan bagi Semenanjung Malaysia
    • RM830 sebulan bagi Sarawak; dan
    • RM960 sebulan bagi Sabah
  • Golongan yang tidak berkemampuan dan berkeperluan berdasarkan kepada hasil siasatan yang dijalankan dengan mengambil kira faktor-faktor berikut bagi menentukan kelayakan bantuan :
    • Bilangan anak/tanggungan yang tinggal bersama dan berasingan (contohnya di asrama, kolej dan lain-lain);
    • Tahap ketidakupayaan ketua keluarga / ahli keluarga (contohnya keuzuran, sakit, kurang upaya dan lain-lain);
    • Sokongan dari ahli keluarga
    • Keadaan dan kelengkapan rumah berdasarkan keperluan keluarga; dan
    • Faktor-faktor lain yang munasabah serta boleh memberikan gambaran kedudukan kewangan dan perbelanjaan harian pemohon/keluarga
Nota : Kelulusan Bantuan adalah tertakluk juga kepada kriteria tertentu yang telah ditetapkan mengikut jenis bantuan yang akan dipertimbangkan.

 Sumber dari : http://www.jkmwpkl.gov.my/archives/1669

Kisah Ibu Tunggal Yang Memenangi 5 Anugerah Cemerlang

 Kisah ibu tunggal yang memenangi 5 Anugerah Cemerlang ini dikongsikan bersama saya untuk tatapan semua wanita, terutamanya ibu tunggal. Harapan saya dan penulis kisah ini, Rose Rina (Nama samaran) ialah semoga ia boleh memberi inspirasi kepada semua wanita.
In Syaa Allah.
"Semasa saya masih menjadi isteri, saya telah didatangi isteri orang kerana suaminya mahu berpisah dengannya kerana terpikat dengan saya. "terpikat di sini kerana, saya melayan dia sebagai pesakit, layan pula hanya bertanya adakah dia sejuk semasa rawatan dan menyelimutkan dia sebagai seorang pesakit. kerana itu dia terpikat. Isterinya telah datang menyerang rumah saya dan mara-marah serta menjerit-jerit di depan pagar rumah saya.Saya pun keluar, menjemput dia masuk beserta anak-anak. Saya menghidangkan air dan saya tenangkan dia. Saya katakan, walau apa terjadi, suami dia tidak boleh kahwin dengan saya kerana saya adalah isteri orang. Cuma saya berpesan dengannya, "Senyum lah untuk suami, layan dengan baik."Sememangnya saya tidak berhajat kepada suaminya dan isteri itu memang kurang senyum...

Sekarang pula, saya dimarahi oleh isteri bekas suami, kerana kami berhubung sebagai sahabat. Dia marah kerana saya masih tidak berkahwin, dan terlintas di fikirannya saya masih berminat dengan bekas suami. Dia juga menyatakan saya tidak rasa apa yang dia rasa. Dengan senyuman saya jawab semula bahawa saya rasa lebih dari apa yang dia rasa, kerana saya pernah dimadu saat saya masih isteri dia dan isteri baru itu hanya berkahwin setelah saya bercerai, just jangan assume' saya tak faham apa yg dia rasa...

Kesimpulannya, kadang kala, kita mudah menjatuh hukuman pada orang lain, tanpa kita kaji situasi sebenar. Perempuan memang mudah cemburu jika rasa terjejas, tetapi mereka perlu lihat kekurangan diri sendiri. Saya tidak nafikan bekas suami memang mahu berbalik semula. Namun hati saya sudah tidak ada lagi untuknya. Kepercayaan untuknya sudah hilang. Bekas dan kesan kekasaran zahir dan batin masih segar di ingatan saya. Ini bukan dendam tetapi beringat. Saya masih ingat urusan untuk berpisah dengannya juga makan masa bertahun-tahun, namun dgn izinNYA, akhirnya dimudahkan.

Maki hamun, sepak terajang, caci makin, pernah parang diletakkan di leher saya, pernah tak bangun seminggu akibat dibelasah, pernah muntah darah akibat dipukul, selalu darah mengalir, airmata usah dikira, namun kita mesti bijak, report polis buat, rawatan ambil, semua message yang perlu, simpan dan rekodkan bersama tarikh dan masa.

Semua itu pengalaman lalu, namun saya maafkan semua yang berlaku. saya anggap semua dugaan. Bekas madu (juga telah bercerai dengan bekas suami) juga saya maafkan, walau dia telah amat menyakitkan hati saya tetapi saya berdoa semoga dia bertemu jalan yang benar dan bertaubat dari kesilapan lalu.

Hidup ini lebih tenang dengan anak-anak, masa banyak dengan keluarga, kerjaya meningkat naik. Sepanjang proses bermadu saya telah mendapat 5 kali ANUGERAH CEMERLANG dan saya UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA BEKAS SUAMI kerana saya berpeluang lakukan semua itu di saat saya ditimpa musibah. Sekarang, kami bersahabat. Isterinya juga jadi sahabat saya. Saya mendoakan kebaikan untuk semua dan saya ikhlaskan hati saya di atas segala yang berlaku adalah di atas kehendak Allah. Sesungguhnya saya redha di atas ketentuanNYA.

p.s : - "maaf sebab share perkara ini dengan puan, kadang-kadang, kita perlu share...
AGAR ORANG LAIN TAHU APA ITU ERTI SABAR.."  - Rose Rina

Saturday, February 2, 2013

BR1M 2.0

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yakin wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang mula diagihkan kepada penerima hari ini di seluruh negara dapat diselesaikan akhir bulan ini.

Beliau berkata, pemberian kali kedua oleh kerajaan persekutuan itu merupakan komitmen berterusan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bersungguh-sungguh mahu membantu rakyat khususnya yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan.

"Bantuan ini disampaikan secara berperingkat, semua yang membuat permohonan akan diberi surat jawapan, kita yakin hujung bulan ini semua akan selesai agihkan bantuan. Pada tahun ini telah ditambah satu lagi kategori iaitu individu bujang yang akan dapat RM250.

"Diharap bantuan ini dapat ringankan beban kewangan penerima dan bantuan ini turut membuktikan bahawa kerajaan BN tidak pernah mungkir janji, kita sentiasa mendahulukan rakyat, mahu rakyat dapat hidup dengan selesa, itu telah menjadi dasar pemerintahan kita sejak dahulu lagi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sebelum itu beliau menyampaikan cek BR1M 2.0 kepada Adun dan penyelaras kawasan Dewan Undangan Negeri (Kadun) seluruh Pulau Pinang untuk diagih-agihkan kepada penerima BR1M 2.0 di kawasan masing-masing, di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Murni, Sungai Dua.

Katanya, di Pulau Pinang, terdapat 416,000 penerima BR1M 2.0 melibatkan peruntukan RM183.6 juta dan daripada jumlah itu, 115,000 orang adalah penerima bagi kategori orang bujang.

"Jumlah penerima BR1M 2.0 meningkat hampir sekali ganda berbanding tahun lepas. Pada 2012 hanya 245,000 orang terima BR1M dan melibatkan perbelanjaan RM122.4 juta," katanya.

Tahun ini, tujuh juta isi rumah dan individu bujang akan memperoleh BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion.

BR1M 2.0 diumumkan Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Belanjawan 2013.

Sementara itu, Nor Mohamed menegaskan pemberian BR1M 2.0 juga membuktikan bahawa kerajaan BN mempunyai kemampuan dan pengalaman dalam urusan pentadbiran kerajaan dan keuntungan yang diperoleh diagih-agihkan secara adil kepada rakyat.

"Kerajaan sentiasa memikirkan kaedah terbaik untuk membantu hidup rakyat, tidak banyak negara lain yang akan mengambil langkah seperti yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan," katanya.

DI Kedah, penerima BR1M 2.0 meningkat menjadi 508,275 orang termasuk 138,661 golongan muda yang menerima RM250 untuk kali pertama.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah, Datuk Mohd Johari Baharom berkata penerima BRIM 1.0 tahun lepas cuma 363,132 orang bertambah 6,482 kepada 369,614 orang kali ini.

"Pembayaran hari ini dibuat serentak di semua 36 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negeri. Keseluruhan bayaran dibuat berperingkat-peringkat, dijangka selesai pada 28 Februari ini.

"BR1M 2.0 ini melibatkan peruntukan RM219,477,250," katanya selepas menyampaikan wang bantuan itu peringkat DUN Jitra kepada hampir 1,500 orang di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).

Di Kuala Nerang, kira-kira 1,500 penerima dari DUN Pedu menerima tersebut daripada anggota DUN Pedu, Datuk Seri Mahadzir Khalid di Pusat Khidmat DUN Pedu.

Seorang penerima Ahmad Nayan, 42, berkata dia gembira dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan kerana bermurah hati memberi bantuan tersebut kepada masyarakat yang memerlukan.

"Duit ini akan digunakan untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak dan saya harap kerajaan sekarang mengekalkan BR1M bagi membantu rakyat," katanya yang mempunyai empat anak yang bersekolah.

Habibah Samsudin, 42, pula berterima kasih atas keprihatinan kerajaan mendengar keluhan rakyat sambil berkata wang yang diterimanya hari ini akan digunakan untuk menampung perbelanjaan anaknya di universiti.

Seramai 2,000 orang dalam DUN Derga pula menerima bantuan itu berjumlah RM1 juta disampaikan oleh ADUN Derga, Dr Cheah Soon Hai.

Seorang penerima, Lau See Khian, 71, gembira dan berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberikan bantuan itu pada masa kaum Tionghua hendak menyambut Tahun Baru Cina.

"Saya banyak gembira menerima BR1M....dapatlah saya beli keperluan untuk sambut Tahun Baru Cina bersama isteri dan anak-anak," katanya kepada Bernama sambil menambah bahawa dia akan menggunakan wang BR1M untuk membeli ubat isterinya Lim Guan Fong, 60, yang mengalami sakit tua.

"Kerajaan banyak baik hati menolong warga emas seperti saya. Kita harap kerajaan ini terus perintah negara," katanya.- Bernama
 http://www.sinarharian.com.my/nasional/agihan-br1m-2-0-selesai-akhir-februari-1.127533http://www.sinarharian.com.my/nasional/agihan-br1m-2-0-selesai-akhir-februari-1.127533
Sumber - Sinar Harian