Wednesday, January 23, 2013

Tuntutan Ibu Tunggal Di Negeri Selangor

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membatalkan tuntutan 2,020 ibu tunggal di Selangor, yang difailkan terhadap November lalu.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/tuntutan-ibu-tunggal-permohonan-selangor-mb-ditolak-1.124420

Tuesday, January 22, 2013

KURSUS MOTIVASI REMAJA

KURSUS MOTIVASI REMAJA

Saya ingin beri peluang kepada remaja BERUSIA 15 TAHUN KE ATAS mengikuti program motivasi, 2 hari bersama ESQ  Basic Training pada :
Tarikh : 16 dan 17 Februari 2013 (Sabtu dan Ahad)
Masa : 8 pagi - 5 petang
Tempat. : Flamingo Hotel, Kuala Lumpur (Pengidapan tidak disediakan)

Makan-minum dan sijil diberikan. Kursus adalah PERCUMA

Kepada mereka yang berminat, mohon sudi hubungi saya di 017-2094 924. Berikan nama penuh, no. telefon, no. kad pengenalan dan alamat rumah yang lengkap. 

Tarikh tutup pada 28 Januari (Isnin).


Saturday, January 5, 2013

CARI JODOH DI ALAM MAYA?


Saya melihat fenomena mencari jodoh di melaui alam maya semakin menjadi-jadi. Sedangkan dunia alam maya tidaklah seluas mana. Alamnya cukup kecil. Sekali kita buat silap di alam maya, virus alam maya merebak ke seluruh dunia. Cuba lihat contoh sebegini:-
1. Seorang lelaki bercinta dengan beberapa wanita di alam maya. Tanpa disedari, wanita-wanita itu mengenali satu sama lain. Maka, berlakulah perebutan. Lelaki ini pula suka menceritakan pada rakan-rakan lelakinya bahawa beliau ialah jenis "touch n go". Malanglah bagi wanita yang bercinta dan menyerah diri padanya. Akhirnya nama yang tercemar ialah nama wanita juga.

2. Seorang wanita yang peramah di alam maya akan dianggap suka menggoda dan sedang mencari jodoh. Padahal, itu adalah caranya untuk release tension'. Apa yang berlaku pada dirinya, cuma dirinya sahaja yang tahu. Hakikat sebenar, dirinya telah pun berpunya. Sungguh malang bagi mereka yang bercita-cita untuk memperisterikan beliau.

Saya selalu tekankan bahawa body language' amat penting di dalam setiap perhubungan. Usah tergoda dengan ayat-ayat power' yang mencairkan perasaan kita. Alangkah baiknya jika mereka yang sudah bertahun-tahun mencari jodoh di alam maya, bertukar konsep kepada mencari jodoh secara bersosial secara sihat. Contoh seperti:- melakukan riadah yang sihat bersama-sama seperti bersukan, berjoging, berbasikal etc, bagi mengenali hati budi masing-masing. Contoh riadah yang murah, bukan?

Semakin lama kita berada di alam maya, semakin lama kita bergayut dan ber'sms', skype, whatapps' dan menggunakan apa sahaja talian telekomunikasi, bukanlah jaminan bahawa salah seorangnya adalah bakal jodoh kita.Kadan-kadang, jodoh yang Allah beri pada kita, cuma berada di depan mata sahaja.

Percayalah pada ketentuan Allah SWT. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Wallu Alam.