Wednesday, October 24, 2012

Kisah Sedih Ibu Tunggal


"Orang sekeliling sibuk dengan persiapan nak sambut kedatangan Aidil Adha..tapi aku hanya rasa sayu... sedih..apatah lagi esok...

Esoklah cukup setahun arwah pergi meninggalkan kami ... sedih tak terkata hanya air mata yang menitis ketika ini....Ya Allah berilah kekuatan pada hambamu ini...aku lemah dalam menghadapi hari-hari sebegini.. hanya anak-anak menjadi peneman setia..huhu....dan airmata ni jatuh lagi.." - Desa Tercinta

gambar ihsan Google

Tuesday, October 23, 2012

Puasa Hari Arafah


Hari Khamis 25/10/2012 bersamaan 9 Zulhijjah 1433 ialah Hari Arafah.

Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah, Maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya: Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi.



Berikut adalah cara berniat puasa sunat hari Arafah 9 Zulhijjah.
"Sahaja aku berpuasa sunat Arafah esok hari kerana Allah Taala"

Antara kelebihan dan fadhilat puasa sunat Arafah pula ialah:

Sabda Rasullullah S.A.W lagi: “Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :-

1. Orang-orang yang mati syahid
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah. ”

Kisah Ibu Tunggal Merempit dan Merempat


Kisah Ibu Tunggal Merempit dan Merempat

"Rasa nak tergelak ada..nak muntah pun ada juga..yang paling tidak boleh tahan rasa meluat sesangat, apabila dengar LELAKI tu cakap kesian konon tengok saya ni membesarkan anak-anak sendiri..kesian konon sebab apa pun kena buat sendiri..kesian konon bla..bla..bla..Dan hati berkata..AIKK..baru ni kau nak kesian tengok saya ke..kenapa tiada rasa kesian masa tengok saya susah dulu,bawa moto honda C70 ke hulu ke hilir dengan 3 orang anak. Kenapa tidak kesian semasa saya merempat tiada duit nak beli susu anak dan makan dulu,kenapa tidak kesian masa saya dengan anak-anak merempat menumpang di rumah Indon dulu .Mana dia RASA BELAS KASIHAN awak tuu.Baru sekarang ni nak timbul rasa KESIAN tu ke..TERIMA KASIH JE LAAAA..atas rasa kesian awak tu.Waktu susah dulu, mulut jahat awak tu kata saya ni PEREMPUAN BODO kan..tidak pandai jaga laki sebab tu dia cari lain. Jadi sekarang ni yang awak muka tidak malu tu kenapa pula offer' diri nak jadi LAKI saya..Kan ke saya ni TIDAK pandai jaga LAKI.." - Arina Balqis


Tuesday, October 2, 2012

Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah